Syarikat teknologi tenaga hijau dari Amerika
Syarikat (AS), Evolution Energy LLC akan melabur RM500 juta untuk
membina kilang yang menghasilkan petrol, diesel, bahan bakar pesawat
serta arang batu bersih daripada pelepah serta batang sawit di Sabah.
Kilang berkenaan akan dibangunkannya di Kelompok Perindustrian Sawit Lahad Datu (POIC Lahad Datu) menjelang 2015. Syarikat itu semalam memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan POIC Sabah Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat kerajaan negeri Sabah yang juga pemaju POIC Lahad Datu.
Kilang berkenaan akan dibangunkannya di Kelompok Perindustrian Sawit Lahad Datu (POIC Lahad Datu) menjelang 2015. Syarikat itu semalam memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan POIC Sabah Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat kerajaan negeri Sabah yang juga pemaju POIC Lahad Datu.
Di bawah MoU itu, Evolution Energy akan membeli tanah seluas 50 hektar di POIC Lahad Datu untuk membina lima kilang. Tiga adalah bagi pengeluaran bahan bakar bio cecair dan dua lagi bagi menghasilkan bahan bakar bio kental mesra alam sekitar dipanggil Nucoal.
“Semua kilang berkenaan dianggarkan memerlukan sehingga sejuta biojisim, terutama pelepah dan batang pokok sawit,” kata POIC Sabah dalam kenyataannya di Kota Kinabalu, semalam.
Pada majlis memeterai MoU itu, Evolution Energy diwakili Pengerusi yang juga Ketua Eksekutifnya, Dr Eugene Conti serta Presidennya, Joseph Davis manakala POIC Sabah diwakili Ketua Eksekutifnya, Datuk Dr Pang Teck Wai.
![]() |
Biodiesel Sawit |
Bahan buangan
POIC Sabah berkata, meskipun pelepah dan batang pokok sawit disasarkan menjadi bahan mentah utama, kilang yang akan dibina oleh Evolution Energy itu turut direka supaya dapat memproses tandan kosong sawit (EFB) dan bahan buangan kayu daripada industri pembalakan di negeri itu.
Kemasukan Evolution Energy ke Sabah itu menjadi kenyataan susulan pelancaran konsep Kelompok Kerjasama Biojisim pada Jun lalu bagi mengumpulkan EFB dari 130 kilang sawit dari seluruh Sabah.
Pendekatan berkelompok itu adalah hasil inisiatif bersama Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah, kilang sawit Lahad Datu, POIC Sabah serta Agensi Inovasi Malaysia (AIM).
Ia dilihat sebagai kunci yang berupaya merealisasikan potensi menjana pendapatan tambahan sebanyak RM30 bilion yang disasarkan di bawah Strategi Biojisim Negara Malaysia 2020 yang dibangunkan oleh AIM serta menjadi sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Daripada 1.4 juta hektar perladangan sawitnya, Sabah menghasilkan kira-kira 26 juta tan biojisim sawit yang terdiri daripada pelepah, batang pokok, EFB, isirung serta serabut sawit (mesocarp).
Tempoh jangka panjang
Kegagalan mendapatkan bekalan biojisim untuk tempoh jangka panjang sebelum ini menyebabkan kesukaran menarik pelabur.
Bagaimanapun, pendekatan yang digunakan oleh Kelompok Kerjasama Biojisim telah mengatasi beberapa isu berkaitan tempoh bekalan dan harga.
Evolution Energy yang beribu pejabat di North Carolina, AS ialah perintis teknologi tenaga baru dan inovatif yang menangani pertumbuhan permintaan global bagi penghasilan tenaga hijau.
Salah satu perniagaannya ialah mengeluarkan Nucoal, iaitu bahan pengganti arang batu dibuat daripada biojisim yang tidak mengancam alam sekitar.
Nota kaki:
Walaupun teknologi biodiesel berasaskan sawit bukanlah satu penemuan baru malah saintis penyelidik dari Universiti Malaya telah mengkaji biodiesel sejak 12 tahun dulu. Namun langkah pro aktif kerajaan Negeri Sabah untuk membawa masuk dan mengembangkan teknologi berkenaan perlu haruslah disambut baik oleh semua pihak termasuk para pekebun sawit di seluruh negara.
Industri sawit telah melalui banyak fasa di negara kita sejak mula diperkenalkan pada awal 1900an lagi. Pada tahun 1917 bermulalah penanaman kelapa sawit secara komersial di Estet Tannamaran, Kuala Selangor. Seterusnya di Estet Elmina, Kuala Selangor.
Adalah diharapkan usaha berkenaan mampu memberikan jawapan positif kepada ketidakstabilan harga petrol konvensional yang amat membimbangkan masyarakat sekarang sehingga kerajaan terpaksa menyelaraskan semula agihan subsidi minyak berkenaan.
No comments:
Post a Comment