Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Tuesday, September 24, 2013

BATH SALTS - RACUN DADAH PALING BERBAHAYA

Awasi racun dadah versi baharu - Bath Salts
Penangan dadah sintetik memasuki era terbaru apabila ia memasuki fasa ketiga dalam penghasilan pemusnah bangsa dan generasi seterusnya dengan membiaknya 'Bath Salts' yang dinamakan sempena garam yang digunakan untuk mandian.



Di negara ini, bermula dengan gejala pil ecstasy, dan kini penagihan syabu, kemasukan Bath Salts tidak dapat tidak mungkin akan mengambil tempat seperti mana berleluasanya syabu hari ini, yang tidak pernah dikenali para penagih di Semenanjung Malaysia, 20 tahun lalu.



Bath Salts merangsang halusinasi yang melampau hingga mengakibatkan kejadian terbaru minggu lalu, di mana seorang lelaki muda ditembak mati ketika sedang memakan muka seorang lelaki tua dalam keadaan bogel di pinggir lebuh raya di Miami.



Pengambilan dengan cara membakar, menghisap, melarut dalam air dan disuntik atau memasukkan ke dubur dibuat bagi mendapatkan rangsangan Bath Salts ini.

With more than 30 years experience in hospital emergency rooms, Dr. James Wright ranks "Bath Salts" as one of the most dangerous drugs he's ever seen. "On a scale of one to ten, I give them a ten," said Dr. Wright.

Bath Salts - Dikatakan racun dadah paling berbahaya



Rangsangan dadah ini merangsang otak hingga tahap tertinggi dan meningkatkan suhu badan kepada 107 Farenheit. Inilah yang menjadi punca halusinasi dan perlakuan ganas dan ekstrim hingga sanggup membunuh atau menyakiti seseorang sehingga mati.



Pengambilan dadah ini yang berpanjangan dalam beberapa jam akan menyebabkan penggunanya menjadi gila di mana 85% akan pulih dalam tempoh 30 hari, manakala 15% akan kekal gila selama-lamanya.



Pada hari ini pun, ramai anak muda di negara ini telah 'tidak berapa betul' kesan dari pengambilan dadah jenis syabu yang berterusan. Trend dadah sintetik terbaru ini amat menakutkan.
Pihak berwajib...kita bersama... tangani segera.
Nota kaki:
Suatu ketika dulu pernah kita gunakan ungkapan najis dadah yang merujuk betapa hinanya sesiapa yang menyalahgunakan dadah. Apabila masyarakat semakin lali dengan penggunaan ungkapan itu maka rata-rata kita tidak ambil pusing dan tidak peka lagi dengan ungkapan tersebut. Sepatutnya dicipta ungkapan lain yang lebih tajam dan keras bagi memastikan bencana akibat dadah jelas seburuk namanya. Mungkin boleh kita gunakan ungkapan racun dadah atau tahi dadah. Namun, apa juga istilah yang kita gunakan tanpa tindakan keras mendisiplinkan diri individu terlibat agar menjauhi sendiri racun dadah mungkin agak sukar untuk kita membasmi ketagihan racun ini hingga ke akar umbi... Fikir-fikirkanlah.
 

No comments: