Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang mencetuskan idea penubuhan sekolah tersebut berkata, remaja berkenaan yang berusia antara 16 dan 17 tahun akan ditemani keluarga masing-masing ketika mendaftar.
"Empat daripada mereka akan bersekolah dalam Tingkatan Lima dan seorang di Tingkatan Empat.
"Mereka masing-masing dari Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Pahang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis tahlil dan meninjau operasi sekolah tersebut hari ini.
Sekolah Harapan itu yang dibuka Jumaat lepas dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Melaka, beroperasi di dua bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad yang diubah suai menjadi sekolah berserta sebuah asrama. - Bernama
Nota kaki:
Aku sudah terdengar-dengar permintaan agar dibantu pula persekolahan anak-anak tidak berbapa yang bakal lahir, dibiayai percuma pendidikan mereka dan dicarikan peluang kerja yang sesuai. Alang-alang mau menolong, tolong saja deh. Apa pun, dikatakan sekolah ini adalah sekolah pertama seumpamanya di Malaysia dan mungkin di Asia Tenggara. Bertuah sungguh rakyat Negeri Melaka. Kita semua patut tumpang berbangga....
No comments:
Post a Comment