Belum terlewat untuk saya mengulas berhubung bangunan misteri ini. Sejak beberapa bulan lalu telah gamat diperkatakan di dalam media bahawa Penjara Pudu akan dirobohkan oleh pemaju UDA Holdings Berhad bagi memajukan kawasan tersebut dengan projek komersial yang menelan belanja hampir 5 bilion. Namun sehingga kini kerja-kerja perobohan sebenarnya masih belum berjalan sepenuhnya atau masih menunggu isyarat tertentu untuk dijalankan sekaligus. Tidak dapat dipastikan apakah sebenarnya keputusan terakhir berkaitan kedudukan bangunan Penjara Pudu yang menyimpan seribu satu sejarah penghuninya.
Bagi mereka yang cintakan pembangunan moden serta taksub dengan pulangan pelaburan yang akan menjanjikan untung berlipatganda, memang tidak ada apa nilainya bahan sejarah. Apa jua bahan sejarah akan kelihatan usang, kuno malah mencerminkan kekolotan pemiliknya.
Itulah yang kelihatan kepada sesiapa yang ingin mempertahankan nilai sejarah. Penjara Pudu yang telah berusia lebih seratus tahun itu pun dikatakan tiada nilai sejarah. Sedangkan beratus ribu yang menghuni di dalamnya dari mula ia digunakan hingga ada yang mengakhiri riwayatnya di situ tidak ada langsung nilai sejarahnya kepada sebahagian kita. Hingga ada yang berkata ia cuma sebuah penjara peninggalan penjajah - sesuatu yang asing kepada warisan budaya kita.
Saya ingin bertanya, adakah binaan-binaan lama yang kita kekalkan seperti Al-Farmosa, dan Stadhuys di Melaka, Candi-candi Hindu di Lembah Bujang, Kedah dan tugu-tugu peringatan di kebanyakan negeri bukankah peninggalan penjajah? Tidak jauh bezanya antara Penjara Pudu dengan bangunan-bangunan sejarah yang lain sekiranya nilai pembangunan fizikal ditolak tepi.
Kita bukan menolak pembangunan tetapi pengorbanan dan rasa tanggungjawab kita memulihara bangunan-bangunan warisan sejarah amat perlu disematkan di dalam pemikiran agar generasi akan datang tidak kehilangan sesuatu yang dapat memberikan teladan dan peringatan buat mereka.
Penjara Pudu itu boleh kita ibaratkan umpama sebatang rotan cambuk yang digantung di sudut serambi rumah untuk mengingatkan anak-anak kita agar menjaga tata susila dan perilaku yang baik. Tidak rugi untuk kita menceritakan kepada anak-anak generasi akan datang bahawa mereka yang tidak menghargai peraturan, melanggar etika serta menggugat keamanan negara akan berakhir riwayat mereka di sana. Jika tidak berkemungkinan generasi akan datang menganggapkan rumah sendiri atau sekolah sebagai penjara justeru mereka ingin bebas.
Tidak rugi sesekali kita menungkah arus. Marilah bersama-sama kita mempertahankannya.

No comments:
Post a Comment