REKOD menang tanpa kalah Nicol David sepanjang tahun ini mengundang perdebatan siapa lawan yang mampu menewaskan juara dunia lima kali itu dan jawapannya adalah – Nicol sendiri.
Perkara ini berbangkit kerana ada sebilangan yang beranggapan Nicol menerima tekanan paling tinggi berbanding mana-mana pemain wanita dalam sejarah skuasy.
“Bahkan semasa menjalani latihan dan berhenti untuk minum pun, ada orang datang dan ingin mengambil gambar dengannya – itu ketika dia sedang berlatih,” kata jurulatihnya, Liz Irving.
“Dia menangani semuanya dengan baik. Ada masa dia merasa terganggu. Penting apabila berada dalam kejohanan besar dan dia tidak diganggu sepanjang masa.”
Kali terakhir Nicol gagal memberikan yang terbaik ialah penghujung tahun lalu apabila dia dua kali ditewaskan Jenny Duncalf, pemain nombor dua dunia dari England, ketika fizikal dan mentalnya sedikit terganggu.
Sebelum itu Nicol mengalami kekalahan mengejutkan di Terbuka Britain kepada Madeline Perry, pemain nombor lima dari Ireland, hingga mentalnya goyah.
“Anda hanya perlu mengurangkan gangguan dalam minda. Anda perlu mengharunginya tetapi jika ada pelbagai benda berlaku, fokus menjadi naik dan turun,” kata Nicol bercerita mengenai kekalahannya.
Menghalang gangguan emosi memerlukan kemahiran, dan selebihnya perlu seiring dengan inisiatif terhadap taktikal.
Ada tanda menunjukkan usaha itu berhasil apabila Nicol yang tewas perlawanan pertama kepada Natalie Grinham pada final Terbuka Dunia di Amsterdam tahun lalu, bangkit menewaskan pemain Australia itu. – AFP
Sedikit Info tentang beliau:
Datuk
Nicol Ann David DB, DSPN, AMN, PJK (
26 Ogos 1983) ialah seorang pemain
skuasy profesional Malaysia dan beliau adalah pemain
skuasy wanita nombor 1 dunia sekarang serta juara pelbagai gelaran dunia (mulai
2005) termasuklah "Terbuka British" sebanyak 3 kali (2005, 2006 dan 2008) dan "Kejohanan Dunia" sebanyak 4 kali (2005, 2006, 2008 dan 2009). Datuk Nicol ialah wanita
Asia pertama memenangi gelaran tersebut.
Dilahirkan di
Pulau Pinang, Nicol ialah anak perempuan kacukan Cina India kepada Desmond David, seorang jurutera berketurunan India dan Ann Marie David, seorang guru berketurunan Cina. Beliau mempunyai dua orang adik-beradik lain yang bernama Liane dan Cheryl, kedua-duanya adalah pemain-pemain skuasy pada aras kebangsaan. Sebagai seorang remaja, Datuk Nicol suka membaca yang mana matematik adalah subjek terbaiknya di sekolah. Beliau berjaya mendapat 7A di dalam
Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan 9A di dalam
Sijil Pelajaran Malaysia (setaraf dengan O-level) di SMK Convent Green Lane,
Green Lane, Pulau Pinang.
Pertembungan pertama Nicol David dengan skuasy bermula pada awal usianya pada 5 tahun. Pada masa itu beliau sangat kecil yang mana raket skuasynya lebih besar daripada beliau dan beliau tidak ada kekuatan untuk mengangkatnya. Pada usia 8 tahun, Nicol mula memandang serius pada skuasy,berlatih dengan tetap dan bermain di dalam pertandingan skuasy.
Nicol juga satu-satunya pemain skuasy yang menjuarai Kejohanan Remaja Dunia sebanyak dua kali. Nicol berlatih di Amsterdam, Belanda selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2000, dan mendapat 9A. Beliau juga menjuarai Kejohanan Skuasy Asia sebanyak lima kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006). Pada 4 Disember 2005, beliau menewaskan Rachael Grinham dari Australia untuk menjadi juara termuda yang memenangi Kejohanan Dunia.
Nicol memenangi Terbuka Dunia 2006 di Belfast mengalahkan Natalie Grinham dari Australia 1-9, 9-7, 3-9, 9-5, 9-2 dalam masa 95 minit. Pada hari sebelumnya Nicol telah mengalahkan Rachael Grinham dengan 9-7, 9-1, 9-1 dalam masa 46 minit.
Nicol menjadi penerima pertama anugerah Darjah Bakti (D.B) di Malaysia sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Jun 2008.
Nota kaki:Satu perkara yang menarik perhatianku tentang atlet Malaysia terhebat ini. Beliau amat fokus dalam bidang yang diceburi. Tidak banyak gossip liar yang mengganggu. Seorang yang berprinsip, tidak sombong walaupun gah dimata peminat squasy dunia dan amat berbakat. Tepat sekali kata pengurus beliau - Hanya Nicol mampu kalahkan Nicol!
sumbersumber
No comments:
Post a Comment