Penyanyi lagu Poker Face itu membuat kenyataan tersebut selepas dia ditanya oleh pengacara televisyen, Ellen De Generes punca yang menyebabkan dia memakai pakaian yang diperbuat daripada daging babi.
"Jelas sekali ia bukan untuk tidak menghormati mereka yang memakan sayur-sayuran. Seperti yang anda ketahui, saya merupakan orang yang paling bebas daripada sebarang penilaian di dunia.
Jika kita tidak berdiri dengan pendirian kita sendiri dan berjuang demi hak kita, lama kelamaan kita akan sama seperti sebanyak mana daging yang terdapat pada tulang-tulang kita," kata Lady Gaga.
Dia pernah memakai bikini daging babi semasa bergambar untuk menjadi penghias muka depan Majalah Vogue edisi Jepun. Demikian menurut berita Agensi.
Sebelum album terbaru keluar baru-baru ini, video lagu Alejandro, banyak kontroversi . Di samping banyak unsur-unsur lucah video tersebut membuktikan dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh.
Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati .Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah ke web ni. http://mistisfiles.blogspot.com and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal . Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga. Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak diexplainkan lepas ni ..
Dalam video itu, ada sesuatu yang cuba disampaikan. Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan. Kalau hanya dengar lagu, mungkin tak banyak yang kita boleh tahu.
Mari kita mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca sambil buka mata, tapi baca apa yang tersirat, buka minda .
Video dimulakan dengan lelaki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu lelaki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.
“I know that we are young.
And I know you may love me.
But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro.”
Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman. Perarakan membawa keranda yang kita nampak Gaga kat depan tu pakai jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus) . Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan Kristian). Kenapa kata Sacred Heart ? Tengok gambar bawah . Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa, tapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus)..
But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro.
Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? Kemudian dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapannya sudah tentu tidak. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin kita tidak faham. Gambaran video ini mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih mendalam.. Jadi kalau maksudnya bukan manusia apa dan siapa sebenarnya Alejandro?
Kemudian Gaga ini dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati – The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya .
Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang ‘control’ dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah ‘mind-control slave’. Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang dikawal segala pergerakannya..
Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit untuk biarawati (Kristian) sambil memegang tasbih. Okay jadi boleh nampakkan? Waktu scene ni Gaga pandang ke langit dan menyanyi part: “Stop, please, just let me go, Alejandro”.
Sebaik saja dia sebut “Alejandro” Gaga mengangkat dua tangannya ke arah langit. Jadi dalam scene ini kita boleh nampak dengan jelas yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.
“She hides true love
En su bolsillo.
She’s got a halo ’round her finger,
Around you.”
Maksud lirik ni pula. A 'halo’ bermaksud ia dianggap “suci”(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillonya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan.
Selepas sahaja lirik tu .. Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada tuhan bermula ..Kerana tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian (Syaitan) . Kenapa kata jadi paderi Syaitan ?
Saya kata paderi syaitan sebab tengok je, lah jubah Gaga di atas. Ada banyak sangat simbol salib terbalik. Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas. Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan.
Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai “Cross Of St.Peter”, untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain.Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..
Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan .
“In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (…) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of white magic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed.”- Manly P. Hall
Waktu ni lirik yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan .
Dont bother me, Dont bother me, Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don’t call my name, Don’t call my name, Bye Fernando .
I’m not you’re babe , I’m not you’re babe, Alejandro (tuhan)
Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu Gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Di angkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan. Mengangkat seperti mengagungkan Gaga, menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka .
I’m not your babe I’m not your babe , Fernando.Waktu menyebut perkataan Fernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu (yang jelas merujuk kepada Jesus). Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Janganlah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri. Kita yang kena solve apa makna dia ..
Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib.. Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam videonya. Gaga menyanyi sambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik: ” Don’t call my name, Don’t call me Name Bye Fernando (Jesus) ”
Dan di akhir video.. Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings.. Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control.. Oleh siapa? Fikir-fikirkanlah siapa yang control Gaga ni.. Siapa dalang disebalik semua ni? Siapa ketua? Anda mampu cari jawapannya kan? Insya-Allah pasti!
Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks, simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka-teki macam video Telephone dan Bad Romance.
Jadi apa yang Lady Gaga nak cuba sampaikan dari videonya? Dalam ni beliau menolak kepercayaan Kristian dengan mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spiritual lain.
Nota kaki:
Amat menjijikkan perlakuan Lady Gaga atau nama sebenarnya Stefani Joanne Angelina Germanotta (Lahir pada 28 Mac 1986). Tidak sepatutnya artis seperti beliau ini menjadi ikon generasi remaja masa kini. Walaupun kebanyakan remaja kita banyak memberikan alasan cuma meminati lagu bukan orangnya...Nah! itulah sebahagian kejayaan pencipta lagu. Mereka pun bukan nak kita meminati penyanyi tetapi asal minat kepada lagu ciptaan mereka, sebenarnya mesej mereka telah menepati sasaran. Sekali pun kita katakan cuma meminati muzik bukan senikata lagu, itupun sudah berjaya. Seolah-olah jarum suntikan mereka telah dicucuk ke dalam daging kita cuma belum tekan ubat....Janggal pulak rasanya doktor cuma cucuk jarum tak masukkan ubat!!
No comments:
Post a Comment