Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Saturday, July 24, 2010

BUNGA BAKAWALI VS BUNGA PITAYA


Bunga Pitaya vs Bunga Bakawali













Pokok pitaya atau dragon fruit memang telah terkenal di kalangan masyarakat kita kerana rasanya yang enak, manis dan berkhasiat apabila dimakan segar. Pokok pitaya turut dikenali dengan nama pokok buah naga atau dragon fruit iaitu nama yang diberikan oleh orang -orang Vietnam kerana kulitnya yang seakan-akan kulit naga dan isinya merah menyala. Ada juga isi buah naga yang berwarna putih dan isi yang berwarna kuning namun yang biasa ditanam di negara kita buah pitaya isi merah. Berasal dari keluarga kaktus, pokok pitaya dapat tumbuh dengan baik di negara yang beriklim kering. Berbanding dengan negara lain, Malaysia mempunyai potensi yang baik untuk maju dalam penanaman buah pitaya ini. Nama saintifik pitaya ialah hylocereus undatus (isi putih) dan hylocereus costa ricensis (isi merah) dalam famili cactaceae.

Selain buah, bunga-bunga pada pokok ini juga boleh dimakan. Bunga yang masih segar boleh dihidangkan sebagai salad, sup ataupun digoreng, manakala daun yang kering pada hujung buah yang hampir masak boleh dikeringkan dan kemudian dikisar halus dan dibuat minuman seakan teh. Selain dimakan secara mentah, ianya boleh dijadikan jus, jem, pai, jeli, wain dan cuka kesihatan. Buah pitaya merupakan buah yang tahan lama dan boleh tahan segar selama 2 minggu. Jika disimpan dalam peti sejuk buahnya boleh tahan sehingga dua atau tiga bulan tanpa menjejaskan rupa luaran buah ini.

Bunga pitaya berbentuk corong memanjang berukuran sekitar 30 cm dan berwarna putih dihujung dan kuning lembut dibahagian pangkal. Disekeliling kelopak bunga putih terdapat kelopak luaran yang berbentuk jarum atau sesungut. Bunga pitaya biasanya akan mulai mekar di waktu petang dan akan mekar dengan sempurna pada malam hari. Setelah mekar warna mahkota bunga bagian dalam putih bersih dan didalamnya terdapat benangsari berwarna kuning dan akan mengeluarkan bau yang harum yang akan memikat serangga yang terbang dimalam hari.

Sementara pokok bunga bakawali yang dikenali dengan nama saintifik nya epiphyllum anguliger adalah salah satu bunga yang ada kaitan cerita mistik dikalangan masyarakat pelbagai bangsa di negara kita. Nama lain bagi bunga bakawali ini juga ialah Queen Of The Night. atau bunga harum sundal malam juga dari keluarga cactaceae iaitu sama seperti bunga pitaya. Bunga bakawali akan mula kembang pada waktu tengah malam dan akan kembali layu sebelum matahari terbit.

Bau bunga bakawali menjadi lebih wangi pada waktu tengah malam iaitu bila ia kembang penuh. Bunganya akan kembali layu dalam tempoh tiga atau empat jam sahaja. Mempunyai kelopak putih dan benangsari kekuningan serta sesungut di kelopak luaran. Bentuk bunga bakawali dan bunga pitaya memang seakan-akan sama disebabkan ciri-ciri famili bunga yang sama.

Menurut kepercayaan orang-orang Cina bahawa bunga bakawali boleh mendatangkan tuah atau fengshui dan rezeki sekiranya berbunga. Selalunya ditanam berhampiran dengan tempat mereka berniaga dan diikat dengan reben merah pada tiap-taip dahan. Mereka juga percaya sekiranya pokok bunga bakawali itu mati atau layu bermakna mereka akan mendapat musibah.

Orang-orang Melayu dahulu pula percaya ada puteri bunian akan berada berhampiran pokok bakawali semasa bunganya mula berkembang. Ada juga yang percaya bahawa pokok bakawali ini mempunyai hubungan yang rapat dengan orang yang menanamnya dan percaya sekiranya tuan punya pokok meninggal dunia, pokok bakawali yang ditanamnya turut akan mati.

Walau apa pun, semuanya adalah cerita tahyul semata-mata justeru rezeki, malapetaka, jodoh dan ajal sudah pun ditentukan oleh Allah SWT. Kita dilarang mempercaya perkara tahyul dan karut kerana ia boleh merosakkan akidah kita. Dalam seni pengubatan Melayu, bunga bakawali digunakan untuk merawat luka, mengubati tekanan darah tinggi dengan meminum air rendaman bunga. Air rendaman itu juga boleh menyegarkan mata dan menyerikan wajah. Kita boleh mengambil manafaat dan kelebihan yang diberikan Allah melalui tanaman bunga-bungaan ini tetapi wajib mempercayai semua kelebihan itu datangnya dari Allah.



Sumber 1
Sumber 2



No comments: