Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Thursday, June 17, 2010

HANTU GULA

Sana sini orang mencari gula. Ibu berleter kek rasa tawar. Ayah bersungut teh tarik rasa masin... Agaknya emak bubuh garam jadi ganti gula. Kedai mamak dah banyak yang tutup separuh hari. Sampai Tukang Gunting pun nak tutup kedai.. Kenapa? Alasan Tukang Gunting, tak cukup tenaga nak gunting rambut pelanggan. Kerja tukang gunting ni mesti banyak guna tenaga. Semput dibuatnya bila pelanggan ramai.. Maklumlah dah nak buka sekolah pulak.. tambahnya lagi. Taukeh kilang biskut belum tanya lagi...
Saya pun turut mencari sampai ke pasaraya, rak gula masih kosong. Bila saya soal pekerja pasaraya, mereka kata taukeh pasaraya tak dapat bekalan. Saya terus menggeleng kepala... Mana gula? Ada hantukah yang sorok gula bawah k*p*k?
Susah saya nak jawab soalan-soalan cepumas dari peminat gula. Agaknya kepentingan sumber gula ini lebih kurang macam kepentingan minyak kereta. Banyak makanan kita berkait rapat dengan gula. Sampai gulai orang Pantai Timur kalau tak dibumbu dengan gula bukan gulai namanya.
Jadi kalau sudah begitu penting kenapa sorok? Jualkan saja sampai habis, biar pengguna gula yang tegar itu semua kencing manis...baru mereka masing-masing insaf. Baik sangat hantu gula sekarang. Mungkin memikirkan kesihatan pengguna, semua hantu gula pakat sorok.....
Beberapa pengguna yang ditemui kecewa apabila mereka kini semakin sukar mendapatkan bekalan itu kebelakangan ini sehingga terpaksa pergi ke beberapa kedai untuk mencari bekalan gula. Malah, mereka bimbang masalah kekurangan gula ini akan berlarutan sehingga beberapa bulan lagi berikutan Ramadan bakal menjelang tiba.
Penoreh getah, Normah Abdul Rani, 48, dari Kampung Rahmat di sini berkata, beliau terkejut apabila mendapati kedai di sekitar rumahnya sudah kehabisan bekalan gula, apatah lagi beliau memang sudah kehabisan gula di rumah sejak semalam. “Saya rasa macam baru lagi gula dicatu tahun lalu di kedai tapi kali ini lagi teruk apabila tiada langsung gula bila pergi ke kedai. Saya tidak tahu apa masalahnya bekalan gula ini kerana asyik tiada saja. Ini sebab hendak naik harga lagi ke sebab bulan Ramadan tidak lama lagi, ” katanya.
Suri rumah, Siti Rahayu Abdul Rahim, 32, berkata seharusnya masalah bekalan gula itu tidak berlaku selepas kerajaan menaikkan harganya daripada RM1.55 kepada RM1.65 sekilogram.“Sudah sampai masanya supaya kerajaan memecahkan monopoli gula kepada lebih banyak pengeluar dan pengedar supaya masalah itu dapat diselesaikan dan tidak berpanjangan saban tahun kerana yang menjadi mangsa adalah pengguna, ” katanya.Peniaga Kedai Runcit Ummu Trading di Taman Banang Jaya di sini, Mohd Saim Abdul Hamid, 45, berkata kedainya sudah kehabisan bekalan gula sejak beberapa hari lalu berikutan bekalan berkenaan tidak dihantar pengedar.
“Memang ramai pengguna yang bising dan marah mengatakan golongan peniaga mahu menaikkan harga gula lagi sedangkan bekalan memang tiada langsung. Pelanggan beranggapan peniaga seperti saya sengaja menyorok bekalan gula bagi menaikkan harga gula. “Namun hakikatnya masalah ini berpunca daripada pengedar. Mereka juga tidak memaklumkan kenapa mereka tidak menghantar bekalan gula sebaliknya mengatakan bekalan akan dihantar hanya pada minggu depan tetapi yang menjadi masalahnya bekalan langsung tiada,” katanya.

Baca lagi..


Nota kaki:
Biar apapun jangan minta belas ihsan daripada hantu....

No comments: