Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Saturday, June 12, 2010

PENJAJAHAN ASAP RACUN

KETIKA kerajaan mengumumkan semua bangunan diwartakan sebagai kawasan larangan merokok mulai 1 Jun lalu, pelbagai pihak menyambut baik cadangan itu, ada juga yang sinis dan tentunya golongan perokok berasakan ia satu bentuk hukuman.

Semua itu sebenarnya mempunyai hikmah tersendiri kerana sebelum ini ramai yang memperkatakan mengenai masalah udara di luar bangunan, di tempat terbuka misalnya masalah jerebu yang memberi kesan buruk kepada penghidap asma, orang tua dan kanak-kanak.

Hakikatnya, berada dalam bangunan pun belum tentu menjamin tahap kesihatan yang baik kerana ramai yang tidak menyedari risiko pendedahan udara dalaman serta kesan kepada kesihatan, apatah lagi udara tercemar termasuklah asap rokok. Aktiviti merokok di dalam bangunan diakui antara empat faktor utama mempengaruhi kualiti udara dalaman dalam kalangan pekerja pejabat yang dikenali dengan terma ‘Indoor Air Quality’ (IAQ). Antaranya ialah bahan pencemar kimia, pencemar biologi, tekanan fizikal dan psikososial. Apa yang menarik untuk dibincangkan ialah faktor mengenai punca bahan pencemar kimia seperti organik meruap (VOCs), ozon alat pencetak, partikel terampai, pembasmi serangga dan asap tembakau persekitaran atau ‘Environmental Tobacco Smoke’ (ETS).

Semua faktor itu jika ditambah dengan sikap kurang kesedaran dalam kalangan pekerja mengenai persekitaran dalaman menyebabkan aktiviti di dalam bangunan mengundang bencana masalah IAQ terutama aktiviti merokok.

Perlu diketahui, kajian Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) menunjukkan pekerja pejabat menghabiskan masa lebih 75 peratus di dalam kawasan bangunan termasuk di pejabat, sekolah, pusat beli belah atau dalam kenderaan.

Jika fakta itu diambil kira, pekerja pejabat sebenarnya cukup terdedah kepada pencemaran udara dalaman kerana berada terlalu lama di dalam bangunan terutama pejabat yang mempunyai ruangan merokok atau berlakunya aktiviti ‘curi-curi merokok’ di tempat tersembunyi.
Pegawai Akademik dan Penyelidik, Unit Sains Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan (USKKP), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Syazwan Aizat Ismail, berkata punca utama masalah kualiti dalaman terbahagi kepada dua iaitu sistem penghawa dingin dan aktiviti pengguna bangunan.

Katanya, aktiviti pengguna bangunan sangat penting dalam mempengaruhi paras pencemar persekitaran dalaman dan merokok di tangga dan di dalam tandas juga boleh memberi impak ke atas ruang kerja pejabat.

“Kajian SBS dan IAQ mendapati paras ETS partikel terampai di ruang legar pejabat yang mempunyai bilik merokok mencatatkan bacaan 2.5 microgram permeter padu. Kadar itu adalah tinggi berbanding ruang pejabat yang biliknya ditutup atau diubahsuai menjadi surau.

“Ini membuktikan asap rokok boleh merebak ke ruang legar pejabat jika sistem ventilasi bilik merokok di bawah standard ditetapkan. Kita perlu mencontohi negara maju yang menghentikan terus aktiviti merokok di ruang berhawa dingin atau di dalam bangunan,” katanya.

Walaupun kerajaan sudah mewartakan Akta Kawalan Hasil Tembakau dan pengguna dilarang merokok di dalam kawasan berhawa dingin, tetapi masalah pencemaran tetap berlaku kerana kurangnya tindakan penguatkuasaan dan kesedaran pekerja.
Pemilik bangunan juga kurang memantau aktiviti yang mencemar udara dalaman menyebabkan masalah partikel terampai tinggi di sesetengah bangunan. Disebabkan bahan ‘partikel’ itu kecil dan halus, ia boleh menembusi ruang paru paru manusia.

“Keadaan ini boleh mengakibatkan serangan asma kepada penghidapnya dan pekerja lain yang sihat juga tercemar dengan tanda mata berair, hidung tidak selesa dan demam,” katanya.

Berdasarkan kajian Dr Sean Semple daripada University Of Aberdeen, mendapati pekerja bar di United Kingdom berjaya penurunan kes berpunca daripada masalah sistem pernafasan sejak kerajaan memansuhkan kegiatan merokok di dalam.

Ini membuktikan penguatkuasaan penting dalam mengurangkan masalah kualiti udara dalaman dan kesihatan pekerja, manakala pengurus bangunan digalakkan memantau berterusan masalah kepada punca pencemaran.

Masalah pencemaran udara dalam ini boleh dikawal dengan baik dan mudah apabila jika kedua-dua pihak, pengurusan dan pengguna bangunan memainkan peranan masing-masing dan aspek utama yang perlu dititikberatkan ialah proses pemantauan jika 60 peratus pekerja mengadu masalah IAQ.

Nota kaki:

Kita harap para pengguna khususnya yang mengaku sebagai seorang Islam wajib lebih peka dalam hal ini. Aktiviti merokok adalah salah satu perbuatan yang amat tidak sihat, yang menjerumuskan pengguna secara terancang ke dalam kebinasaan fizikal dan mental. Sedangkan Al-Quran memberi amaran dan melarang kita mencampakkan diri ke dalam kebinasaan. Disetiap kotak rokok jelas tertulis kandungan lebih 4000 jenis bahan kimia yang boleh merosakkan mekanisma tubuh badan penghisap rokok termasuk perokok pasif akibat pencemaran asap beracun perokok. Malahan rokok dikatakan the best silent killer setakat ini.

Perlu juga kita ingat, jenama rokok seperti Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d’Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince dan seumpamanya adalah milik saudagar Yahudi yang jelas pro-Israel. Diberitakan, sebanyak 12 % keuntungan jualan rokok tersebut adalah untuk Israel. Setiap hari umat Islam membelanjakan USD$800 juta untuk membeli rokok yang mana keuntungan purata 10% atau USD$80 juta sehari. Secara purata setiap hari sebanyak USD$9.6 juta (RM38.4 juta) duit orang Islam mengalir ke poket Israel. Umumnya mereka gunakan wang tersebut untuk apa? Meminjam kata Nabil - Lu fikir la sendiri...

Sumber

No comments: