

Perihal sikap dan kekejaman orang-orang Yahudi kini kembali hangat diperkatakan orang apabila mereka bertindak kejam menyerang kapal misi bantuan kemanusiaan yang dikirim ke Gaza. Kekejaman yang mereka perlakukan kepada orang-orang Palestine dan orang-orang yang tidak berpihak kepada mereka memang tidak lagi disembunyikan media malah ada yang dilapor secara jelas dan nyata. Sifat dan perangai orang Yahudi ini telah diperincikan sendiri dalam Al-Quran dan banyak hadis.
Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran dengan terang dan nyata menyebut-nyebut tentang sesuatu kaum iaitu kaum Yahudi dan Nasrani. Malah Allah S.W.T telah mengisytiharkan orang Yahudi dan Nasrani adalah musuh umat Islam; dan melarang umat Islam untuk menjadikan Yahudi dan Nasrani sebagai ‘teman’ seperti firman-Nya yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka sebagai teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu, sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim” (Al-Ma’idah)
Seterusnya firman Allah S.W.T yang bermaksud: “ Orang-orang kafir Yahudi dari bani Israil telah dilaknat (di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh) yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan” (Al-Ma’idah:78-79)
Salah satu hadis yang berikut boleh kita kupas dan fahami maksudnya. Hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim: "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'GHARQAD', kerana ia adalah pokok Yahudi".
Banyak sekali perkara ini dibincang dan dipamerkan dalam blog2 yang pernah saya baca. Malahan ada satu blog tu namanya pun blog GHARQAD! Sudah pastinya cerita ini benar-benar sahih dan pasti akan berlaku nanti. Yang anehnya orang Yahudi yang bulat-bulat menolak dan tidak memperakui kesahihan agama Islam dan Nabi SAW tetapi dalam waktu yang sama mereka pula telah yakin dan bersedia dengan amaran itu. Mereka telah bersedia menanam jutaan pokok GHARQAD ini disekitar rumah-rumah kediaman mereka.
Ianya juga telah menjadi satu projek besar-besaran kerajaan Yahudi untuk menanam pokok-pokok gharqad ini termasuk ditanam secara meluas di tanah Palestin. Mereka juga telah mewujudkan Jewish National Fund iatu dana kebangsaan Yahudi yang khas untuk menanam pokok gharqad. Betapa fanatiknya kerja orang yahudi ini, yang keras menentang Nabi SAW dan orang Islam, tetapi dalam waktu yang sama mempercayai kesahihan hadis berkenaan. Bagaimana pula dengan persediaan mental dan fizikal kita untuk mendepani saat tersebut?
Rujuk semula:
No comments:
Post a Comment