Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Tuesday, July 7, 2009

KISAH PENGEMBALA ANJING


Dia telah membela 50 ekor anjing, menjadikan anjing sebahagian dari kehidupannya, membelanjakan banyak wang untuk mengimport anjing dari luar negara, membenarkan anjing menaiki kereta Mercedesnya; demi membela anjing, dia sanggup berpindah dari bandar ke kawasan terpencil. Tetapi setiap kali apabila dia membawa anjingnya keluar bersiar-siar, dia menarik perhatian ramai di kalangannya yang memandangnya aneh. Ini adalah kerana, dia orang Melayu. Tidak pantang, makin banyak anjing dibela MKI (Peniaga, 37 tahun) walaupun beragama Islam, tetapi dia bukan sahaja tiada pantang terhadap anjing, malah kian hari kian banyak anjing dibela. Sungguhpun ada orang yang berpendapat bahawa orang Muslim tidak boleh membela anjing, bahkan ada orang yang terus memakinya online, hacker yang mencerobohi blognya, dia masih berharap untuk menyampaikan satu mesej melalui perlakuannya – iaitu menghormati setiap satu nyawa!


Tidak disebut membela anjing itu haram. “Sebenarnya dalam al-Quran tidak disebut bahawa orang Muslim tidak boleh membela anjing, anjing tidak dilihat sebagai najis, orang Muslim tidak ada pun larangan untuk membela anjing , orang Muslim di Arab Saudi dan negara China ada membela anjing, hanya disebabkan perbezaan antara mazhab-mazhab Islam, tambahan pula adat berlainan di Malaysia, ini menjadikan ramai tersalah sangka bahawa orang Islam tidak boleh membela anjing.” Ibubapa MKI telah mengajarnya sejak kecil untuk menghormati nyawa, tidak kira apa jenis makhluk pun ada nilai nyawanya, bahkan sejak kecil pun membenarkannya membela anjing. Oleh itu, pada pandangan MKI anjing merupakan kawan yang setia, dan akan selalu di sisi tuannya, tidak kira miskin atau kaya.


“Saya ingat satu kali saya pulang ke rumah pada pukul 2 pagi, anjing saya masih di depan pintu rumah menunggu kepulangan saya, saya terasa amat terharu…”Walaupun ramai kawan Muslim enggan melangkah; kawan-kawan dan ahli keluarga menghormati hasratnya Beliau kata: “ada orang berpendapat perbuatan saya membela anjing adalah haram dalam Islam, saya tidak akan mendapat peliharaan malaikat, apabila mati saya tidak dapat masuk syurga. Berkaitan perkara ini saya telah pun meminta ajaran pengajar agama, beliau pun tidak dapat membuktikan al-Quran dan Sunnah ada menyebut tentang perkara ini.” “Saya tidak akan memaksa kawan-kawan menziarahi rumah saya, kerana saya menghormati pendirian mereka; sebaliknya kalau saya perlu mengurung anjing apabila mereka datang menziarahi, maaf, saya tidak akan berbuat demikian!”

MKI beli tanah untuk menunaikan hasrat membina “rumah haiwan”. Disebabkan pengajaran ibu bapanya dan minatnya sejak kecil, MKI amat sayang terhadap benda bernyawa di alam semulajadi. Oleh itu, pembinaan “rumah haiwan” selama ini merupakan matlamat yang dikejarnya penuh semangat. Enam tahun lalu dia berada di sesuatu tempat berdekatan kaki bukit Tanah Tinggi Genting, Pahang dan membeli 2 ekar tanah, lalu menunaikan hasratnya yang bertahun-tahun lama. Di sini, binatang tersayang peliharaan MKI mempunyai ruang akitivi yang tidak terhad, jauh dari bisik-bisikan dan perbahasan, meneruskan kehidupan asli mereka dengan tenang.


Nota kaki:
Orang kita ni kalau dah berduit akan timbullah hobi yang pelik-pelik. Sebahagian besar puncanya adalah duit, sebab kalau tak ada sumber kewangan, macam mana nak membiayai makanan haiwan semua tu. Saya fikir bela angsa bukankah lagi baik, kalau sesak tiada lauk boleh jugak kita makan atau jualkan. Angsa pun boleh jaga rumah tuannya..
Seorang rakan mengirim email kepada saya sebagai mengulas isu ini seperti berikut:
Hukum Memelihara Anjing
a. Memelihara Anjing untuk kepentingan berburu, menjaga tanaman / halaman/ pekarangan, menjaga ternak dan kepentingan lainnya seperti Menjaga rumah, mencari Penjahat atau menangkap penjahat, dan sebagainya Diperbolehkan.
b. Memelihara Anjing tidak untuk kepentingan yang bermanfaat seperti untuk kesenangan saja / sebagai hiasan rumah Tidak Diperbolehkan.
c. Dasar Qaidah / Dalil Dalil.
* Menurut Imam Syafie.
( Diambil dari Kitab Madjmusyarah Kitab Muhadzah Juz 9 Hal.23 oleh Imam Nawawi ), yaitu ; Tidak Boleh Memelihara Anjing, kecuali untuk Berburu, Menjaga Ternak Ternak / Tanaman atau Hal Semacam itu
* Rujuk Hadis Muslim Juz I Hal 685. (Diceritakan oleh Ibnu Umar ).
Sesungguhnya Rasulullah SAW memerintahkan membunuh Anjing kecuali Anjing untuk Berburu, untuk menjaga Ternak / Kambing.
* Rujuk Hadis Muslim Juz I Hal. 686.
Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : Barang Siapa Memelihara Anjing kecuali Anjing Penjaga Ternak, Anjing Berburu / Anjing Penjaga Ladang, maka amalnya setiap hari akan dikurangi dengan satu Qiroth .
Sumber: SINI

No comments: