Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Sunday, June 28, 2009

KEMATIAN MJ: SUATU IKTIBAR


Hari ini genap 3 hari kematian Raja Pop, Michael Jackson (MJ). Bermacam-macam andaian dibuat berkenaan dengan punca kematiannya- mungkin salah priskripsi ubat, penggunaan dadah secara melampau dan macam-macam lagi teori konspirasi yang tidak mampu saya turunkan disini. Secara tiba-tiba doktor peribadi beliau juga menjadi tumpuan umum. Namun satu hal yang paling dinantikan oleh ramai orang ialah upacara pengkebumian beliau. Saya sendiri turut terikut-ikut dengan trend ini. Apakah dia akan dikebumikan mengikut upacara sebagai layaknya seorang Muslim atau bagaimana? Saya masih ternanti-nanti. Ramai juga berteka-teki apakah agama Raja Pop ini? Apakah Islam? atau Jehovah Witness? atau Kristian? Sehingga saat saya menulis artikel ini tidak ada satu jawapan muktamad tentangnya. Yang mampu kita lakukan ialah menunggu kenyataan rasmi dari keluarga beliau.

Kematian Michael Jackson diratapi oleh sebahagian besar penduduk dunia. Mereka telah kehilangan seorang insan seni yang selama ini menghiburkan mereka, seorang insan yang berkongsi bakat anugerah tuhan kepada seisi penghuni dunia. Saya secara peribadi turut mendengar lagu-lagu daripada beliau, walaupun bukanlah tergolong sebagai peminat setia Jacko. Menurut pengamatan saya sebahagian kecil lagu-lagunya mempunyai nilai tertentu yang menjadikan ianya baik untuk didengar, walaupun bukan semua. Antaranya, heal the world, we are the children dan lain-lain yang mungkin saya terlepas pandang (Maaf kerana saya bukanlah hardcore fan MJ). Dari sisi yang lain saya melihat lagu-lagu beliau lebih berunsurkan negatif, yang mengajak kepada keseronokan terhadap perempuan, seks bebas dan lain-lain. Namun saya harus mengaku bahawa beliau ada tarikan tersendiri kepada peminat-peminatnya.

Ikuti Seterusnya: SINI dan juga SINI.

No comments: