
Bank Negara Malaysia (BNM) semalam mengeluarkan wang kertas RM50 reka bentuk baru dengan ciri keselamatan dipertingkatkan, termasuk benang keselamatan dengan warna berubah-ubah ‘tertanam’ pada kertas dan unsur cahaya pendarfluor dua warna. Wang kertas sama pernah dikeluarkan pada Disember 2007 sempena Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia.
Nota:
Pengenalan wang kertas baru pada asasnya tidak dilihat memberi apa-apa impak yang besar kepada orang awam. Mungkin kita rasa sayang hendak membelanjakannya, itu saja. Memandangkan ianya kelihatan masih cantik dan berbau baru (bukan wangi) maka mungkin kita simpan untuk sementara di dalam album. Tetapi kepada kerajaan ia menjadi suatu strategik yang penting untuk membenteras pemalsuan wang selain menggantikan wang kertas lama. Berapa lama pula para pemalsu wang boleh bertahan untuk mencari idea memalsukannya lagi, hanya mereka yang boleh menjawabnya. Bagi kita orang awam, corak dan gaya perbelanjaan kita tak mungkin banyak berubah dengan perubahan ini. Kita boleh rujuk semula maklumat tentang pengenalan wang kertas baru ini sebagaimana sumber berita pada 22 Disember 2007 yang lalu.
SUBANG 21 Dis. - Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengedarkan wang kertas RM50 versi baru bagi menggantikan yang sedia ada di semua bank seluruh negara mulai Januari ini (2008).Selain mempunyai ciri keselamatan tambahan antisalinan, wang kertas itu juga istimewa kerana memaparkan gabungan wajah Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman dan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
SUBANG 21 Dis. - Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengedarkan wang kertas RM50 versi baru bagi menggantikan yang sedia ada di semua bank seluruh negara mulai Januari ini (2008).Selain mempunyai ciri keselamatan tambahan antisalinan, wang kertas itu juga istimewa kerana memaparkan gabungan wajah Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman dan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Untuk tujuan pengenalan, sebanyak 20,000 keping wang kertas RM50 versi baru itu akan dikeluarkan dalam bentuk kenang-kenangan bersama sampul khas yang dijual pada harga RM60 di semua cawangan BNM mulai 26 Disember ini.Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz memberitahu, ini akan diikuti dengan pengedaran sebanyak 50 juta keping RM50 versi baru yang dicetak bersama logo ulang tahun kemerdekaan negara ke-50 untuk kegunaan orang ramai mulai 30 Januari depan.
‘‘Cetakan logo ini hanya eksklusif untuk 20,000 keping RM50 versi kenang-kenangan dan 50 juta keping versi baru yang pertama,’’ katanya kepada pemberita hari ini.
Terdahulu, Zeti menyerahkan wang kertas RM50 versi kenang-kenangan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga Menteri Kewangan pada upacara ringkas yang berlangsung di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini. Abdullah ketika mengulas pengeluaran wang kertas kenang-kenangan itu menyifatkannya sebagai lambang kejayaan Malaysia sepanjang 50 tahun merdeka.
‘‘Terlalu banyak erti di sebalik wang kertas ini. Selain lambang kejayaan, ia juga lambang kemajuan, kestabilan ekonomi dan ringgit, kekuatan serta kemakmuran negara. Apa yang tertera di atas wang kertas itu memperlihatkan kejayaan Malaysia dari satu tahap ke satu tahap,’’ katanya yang cukup tertarik dengan paparan wajah bekas Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri pertama Malaysia.
Perdana Menteri berharap negara akan terus menempa lebih banyak kejayaan bagi tempoh 50 tahun akan datang. Menjelaskan lebih lanjut mengenai wang kertas versi baru tersebut, Zeti memberitahu warna yang terdapat pada jalur wang RM50 itu akan berubah-ubah jika dilihat dari sudut berbeza manakala pola cetakan khusus di kedua-dua belah jalur pula akan kelihatan di bawah cahaya ultra ungu.
‘‘Wang ini dihasilkan di sebuah kilang di Malaysia milik sebuah syarikat yang berasal dari Jerman,’’ tambahnya.
Sumber: sini
No comments:
Post a Comment