Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Thursday, June 11, 2009

RAGAM MASAKAN MINANG


Lima hari aku berkelana ke Padang dan Bukittinggi maka selama itulah perutku menyantap masakan Minang yang agak pedas dan aneka ragam. Baik di Rumah Makan Lamun Ombak, Kecamatan Pasar Usang maupun di Restoran Pak Datuk, Padang Panjang. Baik di Dapur Minang, Paya Kumbuh maupun di Pondok Flora, Batu Sangkar.

Tidak pula perutku meragam dengan kelainan citarasa Minang di sini. Mungkin pada asas ramuannya tidak jauh berbeza dengan masakan Melayu di Malaysia. Tidak dapat kuhafal semuanya kerana setiap hidangan yang dihadapkan didepanku tidak kurang sedozen jenisnya. Tetapi yang pasti masakan 'Dendeng Sapi Balado' dan 'Sambal Hijau Pete' ini pasti ada terhidang sama. Entah apa hebatnya masakan ini tetapi inilah yang membuat seleraku kecur tertawan.

"Apa resepnya?"
Aku cuba mengintai rahasia ramuan kedua-dua masakan yang memang enak ini walaupun agak pedas.
"Mudah saja bapak...Dendeng Sapi Balado dan Sambal Hijau Pete ini memang mudah disediakan."
Pantas sekali gadis penyaji hidangan di mejaku itu menjelaskan sejujurnya.
"Jadi tak ada rahasialah!"
Namun sejujurnya ingin kukatakan. Setiap masakan mesti ada rahsianya yang tersendiri. Hanya si Tukang Masak yang tahu. Kalau tidak masakan gulai ikan keli yang sama dimasak oleh dua tukang masak berbeza akan kita dapati perbezaan - mungkin satu pedas dan mungkin satu masin. Itukah yang dinamakan air tangan Tukang Masak? Entahlah, fikirkan saja sendiri.. Menu "Dendeng Sapi Balado' (Dapatkan sini) dan menu "Sambal Cili Hijau" (sini).





No comments: