Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Tuesday, June 9, 2009

KOPI ASLI PRODUK SUMBAR

Aku bukanlah penggemar kopi tegar. Dan kalau diberikan pilihan tanpa paksaan maka aku akan memilih sajian Teh o nipis yang ditambah sedikit gula. Rasanya semanis buah saja.

Nah! Kali ini memang sengaja aku memaksakan diri untuk menikmati kopi asli hasilan tempatan di Tabek Patah, Sumbar saat aku memanjangkan langkah kembaraku ke sana baru-baru ini. Aku sebenarnya dalam pencarian. Walaupun aku bukan peminat kopi tetapi aku tahu rasa kopi memang tidak sama. Aku dapati spesis utama kopi di lembah pergunungan Sumatera Barat ini adalah kopi Robusta yang nyata lebih pahit rasanya berbanding spesis Arabica. Kata kawanku Robusta lebih kaya kafein berbanding spesis kopi yang lain. Tetapi katanya itu baik untuk pesakit darah rendah.

Namun pencarianku bukan sekadar itu malah lebih dari itu. Aku sebenarnya dicabar rakanku untuk mencari kopi Luwak iaitu biji kopi Robusta yang telah menjadi sisa makanan musang atau lebih tepat aku panggil saja Kopi Luwak (kopi tinja musang). Di daerah ini, Luwak sejenis haiwan seperti musang dikatakan amat suka memakan buah kopi Robusta berikutan rasanya yang tersendiri. Maka tiada cara lain bagi penanam kopi melainkan mengutip dan memproses pula biji kopi hasilan perut Sang Luwak untuk mendapatkan rasa kopi yang dikatakan lebih tegar dan lebih menyengat! Bagaimana? Teringin? Cubalah!

Nota kaki:


Seseorang menghantar email kepada saya bagi membuktikan kisah kopi Luwak itu serta foto sekali. Nah kalian boleh cuba mencari walau pun mungkin rasa sukar untuk meminumnya..


No comments: