Malam itu aku benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati hidangan, aku terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang akan aku bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang. Baru nak mula, anak tunggalku Serena, tiba-tiba datang menghampiri sambil membawa sebuah buku. Aku kerling nampak dia tersengih-sengih manja. Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap terlalu manja.Sementelah umurnya baru enam tahun. "Papa! Bacakan buku cerita ini. Bagus tau! Cerita pari-pari, Ina nak dengar," Kata Serena menghulurkan buku bergambar itu padaku.
"Buku baru ya?" Aku bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan. Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi. "Papa sibuk, lain kali boleh tak?" aku memujuk. Serena memuncung, memperjelaskan rasa kecewanya, tapi aku memang benar-benar sibuk.
"Bolehlah Papa...sekejap saja. Ceritanya sedap." Rengek Serena enggan mengalah. " Kan papa kata sibuk! Suruh mama bacakan..."
"Mama basuh pinggan. Alaaa..bacalah, papa!" Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai. Nyata dia tidak mahu mengalah. "Budak ni..!!!" Tak reti bahasa ke? Pergi sana !!!!" Aku terus menjerkah permata hatiku itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak menyangka aku bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu dia beredar dengan rasa sayu. Sempat juga dia menoleh ke arahku sambil bersuara sebak..
"Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!" Aku hanya merenung tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia menjeling lagi padaku, kali ini aku mengangguk.
Masa terus berlalu, seminggu, dua minggu namun kesibukanku semakin bertambah. Setiap kali pulang, Serena tidak lagi merengek minta dibaca buku cerita pari-pari itu, namun tangannya tak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham aku terlalu sibuk.

Pada minggu berikutnya sedang aku, isteri dan Serena menikmati sarapan pagi bersama, aku perhatikan buku cerita pari-pari itu masih ada ditangannya.
"Mama dah baca, seronok papa," kata Serena. Aku mengangguk sambil tersenyum.
"Bila papa nak bacakan pula?" tiba-tiba Serena bertanya.
"Mama dah bacakan, okeylah tu!" Nampak wajahnya terkuncam.. Aku terus menyuap makanan.
"Mama baca pelan sangat. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya!..katanya. Aku mengangguk kosong.
Selesai makan aku sempat mencapai akhbar. Lembar demi lembar aku tatapi namun tidak terfikir untukku menunaikan impian Serena.
Tiba-tiba terdengar suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasiku cuma terganggu seketika, sebelum kembali menumpukan perhatian ke muka akhbar. Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar orang. Aku segera menjenguk. Jiran-jiran mengatakan ada budak dilanggar kereta. Aku panik, sempat berfikir, di mana Serena? Bila pulak dia keluar? Tadi ada kat dapur. Aku memekik memanggil isteriku sebelum meluru keluar.
Sungguh kabar itu benar. Aku lihat Serena terkulai di ribaan seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Aku terus memangku Serena masuk ke kereta jiran yang sudah sedia untuk memecut ke hospital. Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya tersekat-sekat. Isteriku meraung sekuat hatinya.
"Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!! "

Aku memanggil-manggil perlahan dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu nafasnya masih tersekat-sekat dan menggagahi untuk bersuara.
"Papa..Mama. .Ina takut. Ina sayang papa, Ina sayang…
Mama, Ina tak nak mati!" Suara Serena antara dengar dan tidak sambil membuka matanya yang dipenuhi darah. Segera aku kesat darah itu dengan tisu. Namun sekadar cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat isteriku membuatkan jiran yang memandu terus memecut.

Di hospital, Serena di tempatkan di bilik ICU ekoran kecederaannya. Masuk hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkan diri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator. Itulah saatnya aku merasa cukup bersalah.
Lalu petang itu, aku bacakan cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi katil Serena. Semakin kuat aku membaca, semakin berhamburan air mataku.
Kekesalan berlabuh, tapi segalanya kurasa telah musnah. Mungkin Serena tidak lagi dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu. Keesokan harinya, aku bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat. Setiap kali aku bacakan cerita itu di telinga Serena, isteriku tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah dan kesal dengan layananku terhadap Serena sejak seminggu yang lalu.
Masuk hari ketujuh, sebaik aku mula membaca, Serena tiba-tiba membuka matanya perlahan-lahan. Aku nampak terlalu sukar untuk dia melakukannya. Bacaanku terhenti, air mata merembes. Aku usap kepalanya. Beberapa ketika kemudian, aku melihat Serena memejamkan semula matanya, pejam untuk selama-lamanya. Aku seperti terdengar suara Serena mengucapkan terima kasih kerana membacakan cerita itu padanya.
"Papa.. nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?" kata-kata Serena masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini, walau setahun berlalu. Hingga kini aku tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang bergelar ayah? Aku tahu jawapannya aku pada diriku sendiri…
Nota kaki:
Maaf aku tidak dapat menyatakan sumber catatan ini kerana aku mendapatnya melalui email rakanku. Cuma apabila aku membacanya serasa ianya sarat dengan emosi yang hanya mampu dibaca oleh insan yang punya hati leluhur. Masih belum lewat kuucapkan Selamat Hari Bapa..Andalah orangnya yang mampu menghayati rintihan seperti ini.
No comments:
Post a Comment