
Lewat sehari selepas kematian Raja Pop Michael Jackson, spekulasi mulai tersebar mengenai punca kematiannya ketika dia sedang merancang untuk kembali semula mengatur konsert meganya.
Michael Jackson disahkan meninggal dunia pada tengahari semalam di Hospital Los Angeles sejurus selepas ia dikejarkan ke hospital berikutan masalah komplikasi jantung ketika berada di kediamannya.
Kematian Michael Jackson menjadi tajuk utama di kebanyakan akhbar terkemuka dunia justeru kejayaan yang dikecapinya melalui lagu ‘Thriller’ dan ‘Billie Jean’ amat menggemparkan dunia sedikit waktu lalu. Malah laman web peminat Michael Jackson turut dihujani ucapan takziah selepas berita kematiannya diketahui umum.
“Amat sedih dan mengejutkan” kata Paul McCartney, bekas penyanyi Kumpulan The Beatle. “Saya pernah bekerjasam engannya. Bakat beliau cukup hebat. Muziknya juga akan diingati sepanjang masa.”
Nota kaki:
Apa pun sumber keluarga Michael Jackson sendiri iaitu abangnya Jermaine Jackson menyatakan Michael mati sebagai seorang Islam. Saya sendiri ada mencatat peristiwa itu (Lihat catatan dan rujuk link ini). Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat buat rohnya. Amin.
Sumber - SINI
Foto - SINI
Foto
No comments:
Post a Comment