Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Saturday, May 30, 2009

JUTAWAN RUPIAH

Waduh...Senang banget ya jadi jutawan di sana.
Aku cuba berbicara ala-ala pelat Indonesia kepada dua orang Tukang Cuci di pejabatku. Mereka nampak mencemik bibir. Mungkin tutur aku itu tak begitu kena susun aturnya.

Namun memang mereka senang diajak berbicara khususnya soal mencari wang di sini berbanding di tanah kelahirannya di Surabaya. Aku mengira senang untuk jadi jutawan di Indonesia apabila aku mengira cara mudah mengikut wang tukaran RM ke RP. Nilai tukaran sekarang RM345 =RP1 JUTA. Sebab itu aku katakan senang sekali untuk jadi jutawan di sana. Kalau gaji anda sebulan RM3500 bersamaan kira-kira RP10 juta. Gaji sebulan 10 Juta...Kayak nggak?

Aku terus-terusan menyoal dua orang Tukang Cuci itu. Memang benarlah sudah jadi jutawan kamu, tapi nggak kaya lagi! Tuntas saja jawabnya. Apa yang kamu bisa beli dengan wang sebanyak itu? Soalnya. Pastinya mobil masih jauh dari mampu! Kempunan aja kamu!!

Waduh.. Aku kepingin jadi jutawan. Jadi sungguh sekarang. Apabila esok aku sudah merencana sejak sekian lama untuk ke Padang dan Bukittinggi, aku sudah mula membuat tukaran wang di Gerai Pengurup Wang keturunan Genghiz Khan itu. Mula-mula aku dapati tukaran RM345 =RP1 juta. Tapi lewat dua minggu selepas itu Ringgit kembali kukuh dan tukaranku kini RM344 sahaja untuk mendapatkan sejuta Rupiah. Aku belum pasti dengan wang sejuta Rupiah itu apakah berbaloi pula tukarannya dengan barang-barang yang bakal kubeli. Nantilah...jam 7.50 pagi nanti aku akan berangkat dengan penerbangan AirAsia AK470 ke Padang/ Bukittinggi.

No comments: