Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Saturday, May 16, 2009

PELUKAN BABI

Sumber foto:
Cetek pengetahuan agama dan percayakan khurafat menyebabkan segelintir umat Islam sanggup membelai dan memeluk babi hutan semata-mata untuk mendapatkan tuah, termasuk memenangi hadiah utama judi nombor ekor, sekali gus meraih kekayaan segera.


Perbuatan jahiliah moden itu didapati semakin menular dan menarik minat orang Melayu dari dalam dan luar negeri ini dilakukan di sebuah kuil di kaki bukit berhampiran sebuah pasar raya terkemuka di Taiping, Perak.


Mereka datang untuk mencuba nasib biarpun perbuatan itu jelas dilaknat Tuhan. Kepercayaan yang menjejaskan akidah Islam itu terus berlaku dengan kehadiran orang Islam di kuil berkenaan dengan memberikan anggaran kasar antara 100 pengunjung yang datang, 10 daripadanya adalah orang Melayu Islam.


Nota kaki:


Mungkin ada yang bertanya apa kaitan pula gambar foto budak sekolah yang asyik mahsyuk dengan teman lelakinya disebuah taman rekreasi itu. Kelihatan mereka juga berpeluk sakan tanpa memperdulikan pakaian sekolah masih terlekat dibadan. Barangkali mereka ingin melaungkan kepada dunia bahawa kita remaja Islam juga sudah up-to-date, sudah canggih tahap gaban! Saya masih teringat dahulu pesan seorang Ustaz yang membisikkan kepada saya bahawa sentuhan antara lelaki dan wanita bukan mahram adalah seumpama sentuhan babi! Jadi kalau sudah berpelukan antara lelaki dan wanita bukan mahram mungkin juga tidak keterlaluan saya katakan gaya pelukan babi. Usahlah kita berpesta dengan ungkapan sinis lagi menghiris ini. Yang jelas perbuatan haram tetap haram maka jangan berbangga melakukannya.


Sumber: Harian Metro

No comments: