Kondom wanita anti rogol adalah satu produk khas rekaan Sonette Ehlers, seorang wanita dari Afrika Selatan untuk mencegah tindakan rogol terhadap wanita. Usaha pencegahan dilakukan dengan cara menyepit kemaluan penyerang, melukai dan membuatkan sipenyerang kesakitan.
Alat berbentuk sarung yang diperbuat dari getah asli ini dilapisi duri-duri logam mikro yang mengarah ke dalam dan dipakai di dalam kemaluan wanita sebagaimana mereka memakai tuala wanita (tampon).
Bila seorang perogol cuba bertindak ganas merogol sipemakai, kemaluan perogol akan tersepit dan luka oleh duri mikro di dalam kondom itu hingga menimbulkan rasa sakit yang amat sangat. Dalam keadaan tersebut, diharapkan memberi masa yang cukup kepada wanita mangsa rogol untuk melarikan diri kerana perogol yang ganas itu akan menjadi bertambah lemah akibat pendarahan dikemaluannya.
Lebih malang nasib perogol kerana kondom tersebut akan tetap terlekat dikemaluannya serta hanya dapat dibuka melalui pembedahan kecil. Selain fungsi tersebut, kondom wanita anti rogol ini tetap akan berfungsi seperti kondom wanita biasa, mencegah kehamilan dan penularan penyakit AIDS.
Kondom jenama Rapex ini telah diperkenalkan sejak 2005 di Afrika Selatan, kerana kadar kes rogol amat tinggi di sana. Pengeluaran secara komersil dimulakan tahun berikutnya berikutan wujud pula bantahan sesetengah pihak. Pereka produk ini berharap Rapex akan mendapat sambutan baik kaum wanita di seluruh dunia.
Nota kaki:
Saya sengaja mewar-warkan produk sebegini bukanlah bertujuan untuk mencari sensasi. Usaha saya tidak lain untuk memberi peringatan kepada para wanita samada kaum remaja atau dewasa bahawa diri mereka sentiasa terdedah kepada ancaman daripada lelaki kejam. Namun alatan seperti ini bukanlah bertujuan untuk menjadikan wanita lebih bebas serta menyalahgunakannya sebagai umpan untuk memerangkap lelaki buaya darat bagi tujuan keuntungan diri sendiri. Apa pun produk yang dicipta, kelemahannya tetap ada dan setiap pengguna perlu waspada. Pencegahan yang lebih ampuh bermula dari prinsip dan sikap dalam diri setiap wanita. Perbaikilah sikap, gaya hidup dan pergaulan. Itulah langkah awal pencegahan yang ampuh.

No comments:
Post a Comment