Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Saturday, May 16, 2009

TANDA KEMATIAN BAGI ANAK ADAM

1. Tanda 100 hari

Ini adalah tanda pertama dari ALLAH SWT kepada hambaNya dan hanya akan di sedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini hanya saja mereka menyedari atau tidak. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar, seluruh tubuh yaitu dari ujung rambut hingga ke ujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, orang itu akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.... ..

Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka yang sadar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah disedari akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dalam kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sembarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda berkenaan, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

2. Tanda 40 hari

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu asar, bahagian pusat orang itu akan berdenyut-denyut pada ketika ini daun yang tertulis namanya akan gugur dari pokok yang letaknya di atas arasy Allah SWT, maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas orang itu antaranya ialah ia akan mulai mengikutinya sepanjang masa . Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

3. Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan dimana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan...

4. Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi yaitu diantara dahi kanan dan kiri, jika tanda ini dapat dikesan maka disunatkan berpuasa selepas itu supaya perut tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan jenazah nanti. Ketika ini juga mata hitam orang itu idak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika orang lain melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya juga akan layu dimana bagian ujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

5. Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah asar di mana orang itu akan merasakan satu denyutan di sebelah belakangnya iaitu di kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan orang itu tidak akan sempat untuk menemui waktu asar keesokan harinya.

6. Tanda akhir

Akan terjadi keadaan d mana orang itu akan merasakan sejuk dibahagian pusat dan rasa itu akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum... Ketika ini hendaklah orang itu terus mengucap kalimat SYAHADAT dan berdiam diri serta menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemputnya kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula...








Rujukan:

No comments: