
BEIJING: Sebuah taman tema seks di barat daya China yang mempamerkan ukiran manusia bogel, alat kelamin gergasi dan bengkel teknik seksual mencetuskan bantahan negara itu.
"Love Land'" yang disifatkan sebagai taman tema seks pertama seumpamanya di China akan dibuka di Chongqing Oktober ini tetapi penentangnya berharap projek itu tidak akan berjaya dilaksanakan, lapor China Daily.
"Kami membina taman itu untuk kebaikan penduduk awam dengan harapan dapat membantu orang dewasa menikmati kehidupan seks yang harmoni," lapor akhbar itu yang memetik pengurus taman, Lu Xiaoqing.
"Seks masih satu perkara taboo di China tetapi penduduk benar-benar harapkan lebih banyak maklumat mengenainya," katanya.
Selain memaparkan sejarah seks dan tekniknya, taman tema itu juga memaparkan ukiran bergerak menunjukkan seorang wanita hampir bogel dengan kedudukan tunduk membongkok.
Pengumuman pembukaan taman tema itu mencetuskan pelbagai komen di kalangan pengguna internet dengan kebanyakan mereka menyuarakan bantahan terhadapnya.
Sumber: Berita Harian
Nota kaki:
Pemaju taman tema di negara ini diharapkan tidak terpedaya dengan idea semberono seperti itu. Apa yang saya perhatikan, apa jua jenis taman rekreasi dan taman tema di negara kita ini rata-rata telah dijadikan sudut memuaskan seks bagi muda-mudi termasuk kaum remaja. Tak perlu lagi disediakan taman khas buat mereka. Idea seumpama itu tidak lebih untuk menjadikan seks sebagai bahan komersil yang boleh mendatangkan sumber wang yang banyak.
No comments:
Post a Comment