Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Monday, May 11, 2009

MANGSA BUAH POTONG

Foto:
Saya kurang pasti samada ini kisah baru atau sudah lama tersebar untuk bacaan anda. Tetapi saya ingin berkongsi kisah ini kerana ia menimbulkan satu isu besar yang perlu diketahui oleh orang ramai. Keluarga ini mempunyai seorang anak lelaki berumur 10 tahun yang suka membeli dan memakan buahan yang siap dipotong di gerai berhampiran sekolahnya.

Selepas anak lelakinya itu jatuh sakit dan dibawa rawatan doktor, di dapati budak itu dikesan positif AIDS. Keluarga budak itu sungguh terkejut. Siasatan doktor, ahli keluarga budak ini tidak ada yang dikesan positif AIDS. Jadi doktor cuba mendapatkan maklumat lanjut dari kedua orang tuanya bagaimana mungkin hal tersebut berlaku khususnya bagaimana cara pemakanan budak ini.

Keluarga budak itu memberitahu bahawa satu-satunya kegemaran anak mereka ialah membeli dan memakan buahan potong yang dijual di gerai berhampiran sekolahnya. Setiap petang sebelum pulang rumah dia akan membeli sepotong nenas kegemarannya digerai tersebut. Sepasukan doktor dari Hospital UM telah pergi menyiasat gerai berkenaan. Didapati salah seorang penjual buahan potong telah terluka jari ketika memotong buah nenas. Akibat luka tersebut, darahnya telah mengenai buah nenas. Dan tanpa disedari buah itu telah dibeli oleh budak malang tersebut. Pemeriksaan doktor mendapati penjual buah potong itu dikesan positif AIDS.

Ini adalah satu contoh kejadian malang yang tidak seharusnya dipandang ringan oleh para penjual buah dan juga pembeli. Kita semua seharusnya berhati-hati untuk membeli buah-buahan yang dijual digerai. Faktor kebersihan diri dan buah yang dijual harus diutamakan untuk kebaikan kita semua. Saya memang penggemar buah-buahan yang siap dipotong tetapi kini terpaksa berfikir 10 kali untuk membeli lantaran memikirkan risiko bakal ditanggung.

No comments: