Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Sunday, September 7, 2008




Rahsia Kebaikan Kopi






Memang ramai sudah tahu rahsia kebaikan meminum kopi selain mudaratnya juga. Apa pun jenis minuman atau makanan yang kita ambil secara sederhana, tanpa berlebihan maka kebaikannya dapat kita kecapi. Begitulah juga kehebatan minuman kopi, sejenis minuman yang kaya khasiat. Walau pun kandungan kafein yang ada dalam kopi dikaitkan dengan bahan perangsang tubuh namun kandungan kopi juga boleh mengurangi risiko penyakit kencing manis, melancarkan peredaran darah dan menghilangkan sakit kepala.



Satu penyelidikan oleh sekumpulan pelajar di Universiti Sao Paolo, Brazil mendapati meminum kopi mampu memperkuatkan sperma untuk bergerak lebih pantas serta merangsang kesuburan kaum lelaki. Kumpulan pelajar tersebut telah membuat kajian ke atas 750 responden yang dibahagikan kepada empat kelompok mengikut jumlah minuman kopi yang mereka minum. Keputusan yang terhasil amat mengejutkan kerana peminum kopi yang konsisten setiap hari didapati memiliki kualiti sperma yang jauh lebih sihat berbanding peminum kopi yang tidak konsisten. Hasil penyelidikan tersebut diterbitkan dalam Jurnal American Society for Reproductive Medicine, di San Antonio. Satu penyelidikan perbandingan antara kopi dan ganja yang dilakukan pelajar di State University of New York, Buffalo pula memberikan keputusan positif bahawa amalan minuman kopi jauh lebih baik dari ganja yang terbukti memendekkan umur sperma, mengganggu ereksi serta berpotensi mengurangi kesuburan kaum lelaki.



Maka saya pun mencuba kopi campuran herbal yang dinamakan Biocafe, keluaran Felda Trading yang memang mendapat sambutan hangat sekarang. Kopi ini mengandungi campuran 5 herba yang terkenal hebat iaitu Tongkat Ali, Mata Pelanduk, Teja Lawang, Tebu Gajah dan Mengkudu Hitam selain kehebatan kopi sebagaimana dinyatakan itu. Maka terhasil satu campuran yang mampu merawat sengal-sengal tulang, sakit sendi,demam kuning, masalah penghadaman, reumatik, bisa hati dan ederma serta kelebihan yang telah saya sebutkan tadi. Memang cukup enak kopi campuran Biocafe ini yang diadun khusus dengan campuran herbal yang telah dikenalpasti berkhasiat serta telah dibuktikan oleh kajian doktor.
Maklumat lanjut boleh anda dapati seperti foto di atas.




No comments: