Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Saturday, August 30, 2008

Ramadhan Bakal Tiba





RAMADHAN BAKAL TIBA

Ramadhan akan tiba jua samada esok atau lusa. Sebagai umat Islam yang patuh, kehadiran ramadhan sebagai bulan yang penuh kemanisan ibadat dan nikmat keberkatan amalan rohaniah usahlah disalah ertikan.

Kita pun tahu inilah bulan yang menuntut kita pertingkatkan amal ibadat sambil mengurangkan apa juga dosa amalan buruk atau sifat-sifat mazmumah dalam diri. Misalnya ibadat puasa kita tidak seharuskan dirosakkan dengan amalan boros dan membazir. Begitulah mulus dan kudus sekali nasihat sang ustaz dan para imam-imam kita berkhutbah di surau dan masjid sehingga tersengguk kita mendengar tanda setuju.

Dan kita pun maklum benar ucapan orang-orang tua kita sejak berzaman bahawa di bulan mulia ini iblis dan syaitan ditambat semua. Ada yang kata sebahagian jin juga ditambat dari moyang hingga ke cucu. Malah nafsu kita pun turut diikat dengan peraturan-peraturan puasa yang ketat demi meningkatkan nilai puasa yang mabrur. Bukan setakat puasa dengan berhaus dan berlapar perut.

Namun entah bisikan apa dan siapa, saat menjelang kehadiran bulan mulia ini, sana-sini mula memasang angan dan impian. Sang peniaga segera dah memulakan langkah memacak gerai-gerai segera di tubir jalan laluan untuk mendagangkan pelbagai juadah yang mencabar iman. Sang isteri, ibu dan nenek mula berangan masakan paling enak yang belum pernah dibuat dibulan puasa lepas. Sang suami, ayah dan datuk lain pula cerita. Biasanya sebahagian mereka yang memang ada penyakit sibuk mencari doktor untuk memohon pengesahan apa-apa jenis penyakit yang mewajarkan puasa ditangguhkan hingga akhir hayat. Sang anak pula dihamburkan dengan janji manis kalau puasa penuh tabung wang raya pun ikut penuh.

Malah paling sibuk dan paling kubenci sambutan yang terlalu berlebihan oleh taukeh gedung beli-belah. Entahkan mereka faham atau tidak prinsip puasa tetapi yang pasti mereka pakar prinsip raya. Belum siap kita puasa dah cerita pakaian dan kasut apa patut kita gayakan nanti. Semua itu disogokkan secara paksa menerusi media cetak dan tv satelit. Tak cukup dengan itu diambil artis untuk memujuk dan merayu. Dikumandangkan lagu-lagu raya yang membuai nostalgia meskipun puasa baru sehari dua. Itu semua menjadi gula-gula dan asam lemak yang kelihatan baik untuk kita kumam dan telan menjelang ramadhan bakal tiba. Kita mungkin sedar tetapi kesedaran kita itu jarang kita hasilkan menjadi tindakan yang positif. Setakat sedar dan akhirnya kembali tenggelam dalam ketidaksedaran.

Menyedari itulah umpan bisikan halus yang bisa menyusutkan pahala ibadah kita maka sekali lagi kita sama-sama timbulkan kesedaran demi kesedaran agar perangkap yang boleh melenyapkan terus ibadah puasa kita harus kita jauhkan. Sebagai manusia yang rasional, jika kita tak mampu lakukan semua, takkan tak mampu lakukan sedikit? Mulakanlah perubahan dari sekarang.

Sila baca kisah lanjut menerusi laman web ini:

No comments: