Salam Aidilfitri 1429H
Ramadan tak lama lagi bakal meninggalkan kita. Bulan yang penuh keberkatan hanya menjelma setahun sekali cuma. Bulan dimana Allah menurunkan malam seribu bulan – malam lailatul qadar. Siapa yang berkeinginan untuk mencarinya insyaAllah akan dipertemukan. Namun sesiapa yang melihatnya datang bagai angin lalu maka ia akan ditinggalkan tanpa ragu. Hadiah yang teramat istimewa itu memang tak betah diberi percuma. Justeru sesiapa yang benar-benar menghargai walau dengan sedikit pengorbanan pasti Allah tak mempersiakan. Yakinlah, Allah ingin melihat keikhlasan seseorang hambaNya.
Rata-rata di antara kita sebenarnya lebih memikirkan hari lebaran bakal mendatang. Situasi itu mungkin dapat dibuktikan dengan surutnya separuh saf solat tarawih di surau atau masjid. Lantaran sibuk benar kita mengatur persiapan raya untuk diri sendiri dan keluarga. Para ibu-bapa beralasan, demi persiapan anak-anak apalah salahnya urusan diri kita korbankan. Solat tarawih itu pun cuma solat sunat. Lagipun orang lain sudah tolong buatkan.
Sesudah beroleh alasan yang meyakinkan diri, maka kita kembali memikirkan persiapan baru untuk menandingi persiapan raya tahun lepas. Kalau perabut sudah kelihatan pusam lebam mana mungkin boleh dibiarkan tak berganti. Walau pun harga barang sudah melambung tinggi, masih ada alternatif ianya diperolehi. Bukankah banyak gedung yang menawarkan barang secara ansuran mudah sekarang? Tak perlu pun penjamin, yang penting salinan slip gaji bulanan atau kad pintar dapat ditunjukkan. Asalkan diganti baru kita bukan berkira sangat dengan jenama tulen ke palsu. Bukan nak pakai bertahun-tahun, tapi memadai sampai ke raya haji sudah rasa berbaloi apa yang dibeli. Raya tahun depan cerita lain. Begitulah yang biasa difikirkan ramai orang.
Kalau memang sudah perit benar dengan kekangan belanja seharian, alamat ramai yang beraya di perantauan. Lalu kita cari lagi alasan yang boleh meyakinkan mekanisma bela diri kita. Maka yang terbaik maklumkan saja pada orang tua bahawa tahun ini majikan tak beri cuti. Dengan alasan itu kita merasa layak merakamkan rasa dukacita tak dapat pulang beraya di kampung.
Barangkali terfikir juga dalam ingatan ayahanda dan bonda. Dalam keuzuran memejam mata mengingatkan bahawa sudah dua puluh tahun anaknya bekerja membanting tulang dan keringat di bandar namun masih juga tidak berkecukupan masa dan cuti menjengah mereka. Namun apa boleh buat. Kudrat kini sudah kurang. Suara pun kian tenggelam.
Dalam keadaan begini hendak melangkah ke masjid pun bertambah sukar. Sudah sepuluh kali azam dicuba baru dapat. Dahulu sebelum pencen sering timbul ingatan bahawa masa terbaik untuk berjinak dengan masjid adalah masa pencen. Sukarnya untuk dibuktikan harapan itu sekarang. Hanya linangan air mata meratapi kesunyian hari di teratak usang tatkala mendengar alunan mersik gema takbir oleh bilal muda di masjid. Dengarnya bilal itu baru saja tamat semester pertama universiti.
Tepatlah seperti dikatakan oleh sang bistari, dengarilah tangisan dan rayuan anak anda hari ini justeru mungkin dua puluh tahun lagi dari sekarang tangisan anda mungkin tidak didengari oleh anak-anak anda sendiri lantaran mereka juga kesibukan dengar jerit tangis anak mereka masing-masing... Salam Aidil fitri.

No comments:
Post a Comment