Sekali jeling kepala anda pasti pusing. Maka bermacam persoalan dan persepsi timbul dan bermain difikiran. Apa yang anda pernah lihat maka itulah yang anda akan bandingkan. Penis Fish - begitulah indah namanya yang memang secocok dengan apa yang anda mudah bayangkan rupanya. Saya tidak menyalahkan persepsi anda kerana anda yang lebih mudah mengenali Penis Fish berbanding Urechis Unicinctus!
Sebenarnya Urechis Unicinctus bukanlah kelompok ikan tetapi lebih mirip spesis cacing laut dan boleh didapati dalam kawasan laut berlumpur. Namun hidupan yang tidak bermata ini menjadi santapan kegemaran penduduk di China, Jepun dan Korea. Di China, ia dipanggil haichang, di Jepun dipanggil yumushi sementara di Korea dipanggil geabul. Cacing ini biasanya dimakan mentah oleh orang-orang Jepun tetapi di China digoreng bersama sayuran. Anda boleh melihat video hidupan ini.Ingin mencuba?Difahamkan rasanya seperti kerang atau siput laut juga....
Nota kaki:
Masih banyak lagi hidupan yang kita boleh makan tapi kalau dah mengidam sangat jangan lepaskan peluang... makan je...
No comments:
Post a Comment