Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Saturday, September 21, 2013

APAKAH RAHSIA PARKIA SPECIOSA?

Sebut saja Parkia Speciosa mulalah berpinar kepala mencari apa maknanya. Bila Omputih kata bitter bean maka kita pun sama-sama angguk kepala semacam memahami tapi sebenarnya mungkin tak faham juga. Haa... senang citer orang kita panggil petai. Siapa tak kenal buah petai? Teruklah pulak dari omputih....he2.

Khasiat buah petai telah banyak ditulis atau diceritakan secara lisan sejak turun temurun. Tapi praktiknya tidak pula ramai. Mungkin disebabkan rasanya yang pahit atau baunya yang unik sehingga tandas juga berbau wangian petai. Mungkin juga disebabkan harga petai sekarang semakin melambung naik mengalahkan harga petrol. Atau mungkin disebabkan alahan badan? Macam-macamlah alasan kalau sudah tidak gemar. Tetapi ingatkan juga pesan orang tua-tua - yang pahit itulah selalunya jadi ubat.

Buah petai banyak terdapat di Indonesia, Malaysia, Thailand, Burma, Filipina, Laos dan selatan India. Berikut satu catatan kajian mengenai khasiat buah petai:

Kajian mendapati terdapat beberapa spesis petai yang sesuai untuk di ketahui iaitu Parkia speciosa, Parkia timoriana, Parkia sumatrana, Parkia intermedia, Parkia harbesonii, Parkia serffeseei dan Parkia leiophylla

Selain daripada Parkia speciosa, didapati spesis Parkia timoriana adalah spesis yang banyak ditanam di Malaysia, Indonesia dan Filipina kerana pokoknya yang sesuai ditanam dan mudah untuk diuruskan, buah yang banyak dan kualiti buah yang baik. Spesis Parkia sumatrana pula banyak di tanam di Thailand dan Myanmar di mana subur tumbuh di kawasan lereng bukit. Parkia intermedia hanya terdapat di kepulauan Jawa dan merupakan jenis petai tempatan.
 
Petai Papan
Petai mengandungi zat asid amino dan karbohidrat kompleks yang juga akan menyebabkan kencing berbau jika makan petai dalam kuantiti walaupun sedikit apa lagi kalau dengan kuantiti banyak.

Kajian makmal mendapati petai mengandungi 0.8183 % Lemak, 5.2% Protin, 2.06% Karbohiderat, 36,647 kalori, 4.18335 Vitamin C, 25.38% Air, 0.95% Abu, 22.30 Serat Kasar, 0.916 Gula, 1.35 ppm Kalsium, 842.45 ppm Kalium, 7.8 ppm Magnesium dan lain-lain asid lagi.

Ada juga orang yang suka makan daun petai muda sebagai ulam yang ianya juga mempunyai bau seperti buah petai juga. Saya paling suka makan petai dengan kulitnya sekali utuk mendapatkan khasiat kulit petai yang mempunyai rasa pahit dan kelat. Kulit petai dipercayai mengandungi penawar daripada sakit perut kerana makan terlalu banyak petai yang boleh menyebabkan kita tidak tahan buang air besar.

Ulam Petai Segar
Petai mengandungi tiga jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa. Bila digabungkan dengan serat, petai boleh meningkatkan tenaga dengan kadar segera dan berterusan. Penyelidikan telah membuktikan bahawa hanya dua hidangan petai cukup untuk membekalkan tenaga untuk senaman selama 90 minit.

Tetapi tenaga bukanlah satu-satunya cara petai boleh membantu kita menjaga kesihatan. Ia juga boleh membantu mengatasi atau menghalang sejumlah besar penyakit dan menjadikan ia satu kemestian untuk ditambah kepada diet harian kita. Di bawah adalah antara khasiat pengambilan petai:

Petai Makanan Global?
1. Kemurungan: 
Menurut kaji selidik baru-baru ini yang dijalankan oleh MIND di kalangan orang yang mengalami kemurungan, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan petai. Ini kerana petai mengandungi 'tryptophan' sejenis protein yang akan ditukar oleh badan kepada 'serotonin' yang dikenali untuk membuat anda berehat, meningkatkan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

2. PMS (sindrom pra-haid): 

Lupakan pil, makanlah petai. Vitamin B6 yang terkandung di dalam petai mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh menjejaskan mood anda.

3. Anemia: 

Zat besi yang tinggi, petai boleh merangsang pengeluaran hemoglobin dalam darah dan seterusnya membantu dalam kes-kes anemia.

4. Tekanan darah: 

Ulam yang unik ini sangat tinggi kalium tetapi rendah kandungan garam, menjadikannya sempurna untuk menurunkan tekanan darah.

5. Kuasa Minda: 

Sebanyak 200 pelajar di sebuah sekolah di Twickenham
' Middlesex, telah meningkat keputusan peperiksaan mereka setelah makan petai pada waktu sarapan dan makan tengah hari dalam usaha untuk meningkatkan kuasa otak mereka. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa buah petai ini  boleh membantu menjadikan pelajar-pelajar lebih peka. Seperti pisang, petai juga mengandungi kalium yang tinggi.
Petai Jeruk
 

6. Sembelit: 

Petai yang tinggi serat boleh membantu memulihkan tindakan usus yang normal, dan membantu mengatasi masalah sembelit tanpa perlu menggunakan julap.

7. Keletihan: 

Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat milkshake petai, manis dengan madu. Petai akan menenangkan perut dan dengan bantuan madu dapat meningkatkan semula tahap gula dalam darah, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi anda.

8. Panas Jantung: 

Petai mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan, jadi jika anda mengalami pedih ulu hati, cuba makan petai untuk mengurangkan sakit.

9. Demam Pagi:

Petai membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi (morning sickness).

10. Rawat Gigitan nyamuk: 

Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan yang terlibat dengan bahagian dalam kulit petai. Ramai orang yang telah berjaya untuk mengurangkan bengkak dan kerengsaan dengan cara ini.

11. Saraf: 

Petai yang tinggi vitamin B yang membantu menenangkan sistem saraf.

12. Berat badan yang berlebihan:

Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan obes lebih cenderung untuk membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengelakkan ketagihan makanan yang disebabkan oleh panik, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap dua jam untuk mengekalkan kadar yang stabil.
Sambal Petai

13. Ulser: 
Petai juga digunakan sebagai makanan untuk mengelakkan gangguan usus kerana ia bersifat lembut. Ia adalah antara buah mentah yang boleh dimakan segera. Ia juga meneutralkan lebihan asid dan mengurangkan kerengsaan oleh salutan lapisan perut.

14. Kawalan suhu:

Banyak budaya lain yang melihat petai sebagai "penyejuk", buah-buahan yang boleh menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Belanda, sebagai contoh, wanita hamil makan petai untuk memastikan bayi yang dilahirkan dengan suhu yang sejuk.

15. Merokok: 

Petai juga boleh membantu orang yang cuba untuk berhenti merokok Vitamin B6, B12 serta kalium dan magnesium yang terdapat dalam petai, membantu memulihkan badan daripada kesan-kesan nikotin terhadap tubuh.

16. Tekanan: 

Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam badan anda.Apabila kita tertekan, kadar metabolisme kita meningkat, sekali gus mengurangkan kadar potassium. Ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek petai yang tinggi potassium.

17. Strok: 

Menurut kajian dalam "The New England Journal of Medicine" makan petai sebagai sebahagian daripada diet yang teratur dapat mengurangkan risiko kematian oleh strok sebanyak 40% ".

18. Ketuat: 

Mereka yang berminat untuk alternatif semula jadi mengatakan bahawa jika anda mahu untuk membunuh ketuat, ambil sekeping petai dan meletakkannya pada ketuat.
Nasi Goreng Petai
 

Jadi, seperti yang anda boleh lihat, petai benar-benar merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, ia mempunyai empat kali ganda protein, dua kali ganda karbohidrat, tiga kali fosforus, lima kali vitamin A dan zat besi, dan dua kali vitamin dan mineral lain 


Nota kaki.

Masih ada yang malu mengaku menjadi penggemar petai. Mungkin petai agak sinonim dengan kehidupan masyarakat kampung. Mengaku jadi penggemar burger tak mengapa sebab lebih kelihatan urban. Tapi korang jangan buat-buat lupa, sebab petai sudah jadi santapan hotel dan istana. Malah sekarang sudah jadi makanan global dek kerana khasiatnya mengalahkan buah-buahan tropika yang lain. Baik orang tua malah kanak-kanak juga menggemari petai. Lihat video ini. Maka mulakan berjinak-jinak dengan petai. Harganya sentiasa naik, paling murah sekarang RM1.00 sepapan. Orang Asli pun dah kata - tak naik pokok tak dapat makan petai encik....


 

No comments: