Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Saturday, July 20, 2013

ANTARA KECUAIAN DAN KEMALANGAN, WAJARKAH ANAK-ANAK MENJADI KORBAN?

Awasi di tempat mandian
SUBANG JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dipercayai lemas di dalam kereta ibunya selepas ditinggalkan selama lebih lima jam, di sebuah sekolah, di sini, semalam. Mangsa, Nawal Iris Shamsudin ditemui ibunya, Norzatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan kira-kira jam 5.30 petang sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.

Sebelum kejadian itu, Norzatusy Hazwa menghantar adiknya di Lapangan Terbang Subang sebelum terpaksa bergegas ke sekolahnya untuk menghadiri mesyuarat. Beliau yang tergesa-gesa dikatakan tidak menyedari anaknya tidur di bangku belakang kereta. Apabila kembali ke keretanya, Norzatusy Hazwa terkejut mendapati anaknya terbaring di bangku belakang dalam keadaan kebiruan dan kaku.

Mangsa anak bongsu dari dua beradik dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi awal pagi tadi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Ketika sendirian di rumah
Kita imbas kembali beberapa rentetan peristiwa malang bagi kanak-kanak. Komenter ini sengaja ditulis dan disiarkan selepas sebelas hari kematian Dirang yang disahkan oleh pihak Polis selepas keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) menemui padanan antara rangka tulang Dirang dengan sampel darah Roselyn. Ini ialah kerana lazimnya sesuatu isu besar atau tragedi hanya akan diingati selama seminggu sahaja. Selepas itu isu atau perkara tersebut akan dilupakan ibarat tidak berlaku apa-apa.

Selepas mayat Dirang ditemui dalam keadaan menyayatkan hati, berita tersebut menjadi tajuk utama berita hampir kesemua media cetak, elektronik dan internet. Seluruh rakyat Malaysia mengucapkan takziah dan terkejut dengan kejadian yang menimpa Dirang. Serentak dengan itu tidak ketinggalan pemimpin parti politik dan pemimpin yang bertaraf menteri, NGO dan pelbagai pihak lagi mengeluarkan kenyataan agar ibu bapa harus mendidik anak supaya menjaga diri, meminta masyarakat peka pada keadaan sekeliling dan meminta pihak polis meningkatkan kawalan dan rondaan.

Bahaya tertidur dalam kereta
Bagaimanapun kenyataan seperti ini dan segala macam hebahan, pandangan, komen, kritikan dan rasa panik ini bukanlah sesuatu yang baru dan bukanlah kali pertama berlaku. Sudah berapa kali tragedi seumpama ini telah berlaku?  Sudah berapa kali menteri yang berkenaan mengeluarkan kenyataan yang serupa? Segala ribut berhubung kejadian seperti ini hanya akan kedengaran untuk seminggu dua sahaja. Selepas itu semua pihak akan lupa berhubung insiden tersebut.

Bermain dengan rakan-rakan

 
 Berkelah di tepi pantai


Mungkin kita juga masih ingat beberapa kejadian yang berlaku sebelum ini:

Pada 21 Oktober 2000, mayat Norshuhada Burak, 6, ditemui dalam keadaan separuh bogel dipercayai diperkosa di dalam tong air di atas sebuah rumah di Selayang Baru.. Dia pergi ke kedai untuk membeli keropok.

Pada 17 Januari 2004, Nurul Huda Abdul Ghani, 10, dirogol, diliwat sebelum mayat beliau ditemui dalam keadaan bogel dan tersandar di dalam pondok pengawal stesen pencawang Tenaga Nasional Berhad, Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor. Kejadian berlaku ketika beliau pulang dari kedai dengan menaiki basikal.

Pada 20 Ogos 2007, selepas 27 hari gerakan mencari dilancarkan, mayat Nurin Jazlin Jazimin, 8, ditemui di dalam sebuah beg pakaian yang ditinggalkan di hadapan sebuah kedai di Petaling Jaya. Sebelum kejadian Nurul Jazlin pergi bersendirian ke pasar malam di Seksyen 1, Wangsa Maju.

Pada 9 Januari 2008, Sharlinie Mohd Nashar, 5, hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan berdekatan dengan rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya. Sehingga ke hari ini Sharlinie masih tidak ditemui.

Pada 5 Jun 2010, Nisha Chandramohan, 2, hilang ketika dibawa berjalan-jalan oleh ibu saudaranya yang mempunyai masalah mental di Taman Bukit Bendera, Mentakab, Pahang. Nisha juga tidak dapat dikesan sehingga ke hari ini.


 
 

Awasi di taman permainan
Pusat riadah juga boleh mengundang padah
Maka selepas 10 hari Dirang dibunuh dengan kejam, apakah langkah kerajaan untuk mengelak agar kejadian seperti ini tidak berulang? Jika sekadar nasihat agar ibu bapa harus lebih berhati-hati dan bertanggungjawab menjaga dan mengawasi anak-anak; sesiapa sahaja boleh berikan nasihat seperti itu.

Keseronokan boleh membawa kemalangan
Tidak bolehkah kerajaan serta kementerian mengambil satu langkah yang lebih proaktif dan jika perlu satu langkah yang lebih tegas dengan menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas untuk memastikan agar ibu bapa lebih peka dan bertanggungjawab terhadap pergerakan anak-anak mereka?

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Menteri yang menjaga portfolio Undang-Undang, Pejabat Peguam Negara dan Polis DiRaja Malaysia harus merangka satu undang-undang atau memperbaiki undang-undang yang sedia ada untuk mengambil tindakan tegas jika terbukti kematian dan kehilangan anak-anak yang tidak berdosa ini disebabkan oleh kecuaian dan sikap tidak bertanggungjawab ibu bapa.

Bahaya bermain sendirian
Jika perlu cuba pelajari model undang-undang dan penguatkuasaan apakah yang digunakan oleh negara-negara barat yang mempunyai penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas dalam isu ini. Jika cukup bukti, malah jika mempunyai asas untuk didakwa sekalipun, satu atau dua ibu bapa harus didakwa. Sekurang-kurangnya menimbulkan rasa gerun di kalangan  ibu bapa yang masih tidak pernah mengambil iktibar dari kejadian-kejadian yang pernah berlaku sebelum ini.
Kanak-kanak sentiasa ingin mencuba
Keselamatan mereka tanggungjawab kita

Media juga harus berterus terang dengan fakta. Ini ialah kerana walaupun kronologi kejadian-kejadian yang menimpa kanak-kanak malang ini memberi petunjuk ianya berpunca daripada sikap lepas tangan dan cuai ibu bapa, tetapi media tempatan mengambil pendekatan untuk tidak menghukum ibu bapa yang kehilangan anak mereka.

Situasi ini boleh difahami dengan akal logik adalah kerana tidak mahu melukakan hati ibu bapa yang sudah pun merana kerana anak kesayangan mereka dirogol dan dibunuh dengan kejam.

Bagaimanapun sampai bila hati dan perasan ibu bapa harus dijaga oleh pihak media dan orang luar, sedangkan sindrom kurangnya pengawasan ibu bapa tidak mempunyai kesudahan. Yang terus menjadi mangsa ialah anak-anak yang tidak tahu apa-apa.

Dalam kes kematian Dirang hanya sebuah akhbar iaitu Harian Metro melaporkan elemen kecuaian Roselyn iaitu ibu kepada Dirang. Walaupun semua media melaporkan bahawa Roselyn menyuruh Dirang pergi seorang diri ke kedai untuk membeli mi segera dan telur, cuma Harian Metro sahaja yang mendedahkan bahawa Roselyn sibuk melayari Facebook ketika Dirang ke kedai. Akhbar tersebut juga melaporkan Roselyn hanya menyedari Dirang belum balik ke rumah selepas ditanya oleh suami beliau Lima Medeng.
Hidup aman melihat mereka keriangan
Mereka bahagia dalam perhatian kita
Tidak mustahil kejadian ini akan berlaku lagi. Asas untuk andaian ini ialah walaupun pembunuhan dan kehilangan kanak-kanak ini mengemparkan negara tetapi anda tidak perlu pergi jauh apakah ibu bapa sudah sedar tentang sikap kecuaian mereka.

Lihat anak-anak di kawasan kejiranan anda. Berapa ramai anak kecil yang masih di suruh pergi ke kedai berseorangan untuk membeli barang keperluan atau makanan ringan. Jika disuruh pergi adik beradik berdua sekali pun ianya tidak banyak membantu kerana kedua-duanya masih kecil.

Lihat pula di kawasan premis perniagaan, di hadapan bank dan di stesen minyak. Berapa ramai dan berapa kali kita boleh melihat bagaimana anak kecil ditinggalkan sementara di dalam kereta atau di atas motor sementara ibu bapa mereka berurusan sebentar di dalam premis perniagaan, bank atau stesen minyak.

Apa yang ingin dipersoalkan di sini ialah wajarkah kanak-kanak yang sekecil ini dibiarkan berseorangan pergi ke mana-mana tanpa ada orang dewasa yang menemani mereka? Penting sangatkah urusan itu hingga terpaksa membiarkan atau menyuruh mereka pergi? Alasan sesetengah ibu bapa yang menyatakan “Saya tak sangka ini akan berlaku, lagipun dekat, saya ingat selamat”,  tidak boleh diterima.

Penjaga atau ibubapa tidak pernah mengambil iktibar dari kejadian-kejadian yang berlaku sebelum ini. Kejadian-kejadian bunuh dan rogol yang membabitkan kanak-kanak menjadi mangsa yang mendapat liputan luas dalam media sebelum ini sepatutnya menjadi iktibar kepada mereka.

Kalau kita kaji semula kejadian-kejadian yang pernah berlaku ke atas kanak-kanak yang tidak bersalah adalah berpunca dari sikap ibubapa sendiri. Lazimnya kejadian ini berlaku ketika kanak-kanak ini pergi ke kedai berseorangan diri.

Sudah sampai masanya Majlis Fatwa Kebangsaan, Mufti dan Ulama menjelaskan dan mengeluarkan fatwa apakah kematian kanak-kanak ini sememangnya merupakan ketentuan dan kehendak Tuhan. Acap kali kita mendengar bila berlaku kematian yang tragis seperti ini, ibu bapa dan ahli keluarga yang malang ini akan berkata mereka redha dengan ketentuan Ilahi  dan ini suratan takdir. Sama ada sedar atau tidak, seolah-olah tuhan yang disalahkan dalam sesuatu insiden seperti ini yang mengakibatkan kematian.

Para Ulama dan Mufti harus mejelaskan apakah semua kematian adalah ketentuan Tuhan sedangkan ada kematian itu boleh dielakkan dan mungkin kanak-kanak itu masih hidup jika ibu bapa tidak membiarkan anak mereka pergi berseorangan ke kedai.

Jika setiap kematian adalah kehendak Tuhan, apakah seseorang yang memandu secara merbahaya, memotong kenderaan di garisan berkembar, memotong kenderaan di selokoh tajam, tidak mematuhi lampu isyarat dan memandu dengan terlalu laju, tidak memakai tali pinggang keledar dan akhirnya terlibat dengan kemalangan dan meninggal dunia. Apakah Tuhan hendak disalahkan dan memberi alasan bahawa itu kehendak Tuhan sedangkan pemandu itu yang mencari bala. Bagaimana pula dalam situasi anak kecil berusia lima atau enam tahun ditinggalkan berseorangan di rumah, dapur gas telah dihidupkan untuk memasak air, beberapa peralatan elektrik juga telah sedia diaktifkan dan ibunya pergi ke kedai sebentar.

Katakan dalam tempoh 10-15 minit itu, anak ini bermain api di dapur gas dan akhirnya rumah itu terbakar dan anak itu juga menemui ajal, apakah sekali lagi tuhan hendak disalahkan dengan memberi alasan apa yang terjadi adalah ketentuan Tuhan? Maka apakah dengan sikap ibu bapa menyuruh anak kecil pergi ke kedai atau ke pasar malam berseorangan, tidak mengawasi pergerakan mereka dan sekiranya anak itu diculik dan dibunuh, apakah kematian anak itu berpunca dari sikap ibu bapa atau sememang-memangnya kejadian itu adalah kehendak Tuhan. 

Sikap memberikan alasan ianya takdir Tuhan apabila kejadian seperti ini berlaku, seolah-olah ibu bapa ini mencuci tangan dari kesalahan mereka dan cuba menutup kesilapan sendiri dengan menyalahkan Tuhan. Seolah-olah apa yang berlaku bukan bidang kuasa mereka sebaliknya ketentuan Tuhan.

Memanglah setiap kejadian yang menimpa adalah ketentuan Ilahi.tetapi kita diberikan akal fikiran yang waras apatah lagi tanggungjawab keatas mereka adalah berat.Tidak seharusnya kita mengambil jalan mudah. Janganlah kita jadikan istilah “Kalau dah nak terjadi kita tak boleh nak buat apa-apa” sebagai alasan. Pandangan ini bukan untuk mencetus kontroversi tetapi untuk mendapatkan penjelasan. Kecuaian ibu bapa yang menyebabkan kematian anak-anak harus mempunyai titik noktah.
Berilah perhatian kepada mereka
Selamatkah mereka di Pusat Asuhan?  

Jadikan sekolah sebagai persekitaran yang selamat
Mereka boleh diajar pergi membeli belah tetapi awasilah
Jangan sekali-kali biarkan mereka beraksi sebegini walaupun mereka menyukai!
Sebenarnya hal sebegini dapat dielakkan sekiranya kita tidak membiarkan mereka keluar sendirian. Setiap kali kes sebegini berlaku, biasanya orang ramai akan melepaskan kemarahan dengan kata-kata kesat terhadap si penjenayah. Tetapi penjenayah tidak akan berpeluang melakukan perkara yang kejam ini sekiranya kita sendiri tidak menyediakan ruang dan peluang itu.Saya tidak kata kanak-kanak ini 100% selamat dari penjenayah tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meminimumkan kejadian seumpama ini.

Kes yang pernah berlaku di Johor tidak lama dahulu yang membabitkan seorang kanak-kanak perempuan yang pergi ke kedai berseorangan. Sesiapa yang pernah menonton visual lokasi kejadian tersebut di tv ketika Berita Perdana, terserlah lokasi tersebut berpotensi dan memang bahaya bukan untuk kanak-kanak sahaja malah anak gadis atau perempuan yang dewasa pun belum tentu selamat andaikata ada orang yang cuba menculik atau cuba melakukan sesuatu yang buruk.Ini ialah kerana laluan tersebut agak sunyi dari laluan orang ramai.

Begitu juga dengan satu kes yang pernah berlaku di Lembah Kelang yang pernah dilaporkan di akhbar tempatan di mana seorang ibu ketika bersama–sama ke surau untuk sembahyang Maghrib, membiarkan anak perempuannya yang masih kecil singgah membeli ais krim berseorangan dikedai yang berdekatan. Ibunya terus ke surau tanpa menunggu anaknya selesai membeli ais krim.Akhirnya kanak-kanak perempuan itu menjadi mangsa liwat seorang lelaki di sebuah rumah kosong yang berdekatan.

Ada juga ibu bapa kepada kanak-kanak malang ini mengecam di dalam akhbar bahawa orang ramai hanya tahu mencari salah ibu bapa terbabit sahaja kononnya tidak pandai menjaga anak. Ini bukan menuduh mereka ini tidak pandai menjaga anak, tetapi ramai yang kecewa dengan cara mereka yang melepaskan anak mereka pergi bersendirian.Ada juga yang kata bahawa “kadang-kadang kita terlupa bahawa dalam keadaan kita berjaga-jaga, kejadian seperti itu tak mustahil boleh berlaku. Memang betul tetapi harus diingat juga sekiranya kita telah berhati-hati kebarangkalian kejadian seperti ini berlaku boleh dikurangkan.

Kanak-kanak ini disuruh pergi ke kedai untuk membeli itu dan ini siap dengan senarai barang yang diperlukan oleh ibu bapa mereka. Adakah ini wajar?.Adakah ini kerja mereka? Tak bolehkah ibu bapa itu sendiri pergi? Bukankah itu kerja mereka? Memang anak-anak ini takkan membantah, malah mereka sangat suka kalau dapat pergi ke sana-sini. Dan memang karenah anak-anak akan merajuk kalau tak dapat apa yang diingini. Di sinilah kesabaran dan kewarasan kita diuji. 

Tulisan ini bukan untuk menyinggung hati banyak pihak. Apa yang dinyatakan disini bukan untuk menuding jari tetapi sekadar untuk direnungkan. Jadikanlah kejadian yang menimpa mereka sebelum ini sebagai panduan dalam kita menjalani kehidupan seharian.Sekiranya telah terjadi menangis airmata darah sekalipun tidak dapat mengembalikan nyawa mereka dan tentunya kita sendiri tidak dapat memaafkan kecuaian kita.

Walau sehebat mana pun kerajaan berkempen dan semantap manapun penguatkuasaan oleh pihak polis, tetapi sekiranya kita sebagai ibu bapa dan orang yang paling bertanggungjawab tidak berwaspada, kejadian seperti ini tidak mustahil akan berulang lagi. Pihak polis tidak mampu berada dan meronda disegenap ruang dipersekitaran kita pada setiap masa. Mereka mempunyai banyak lagi komitmen, tanggungjawab dan tugas-tugas yang penting.



NOTA KAKI:

Anak adalah anugerah Allah yang cukup berharga kepada ibu bapa. Mereka juga amanah untuk dipelihara dengan sempurna termasuk memastikan keselamatannya di dunia dan akhirat. Kekuasaan Allah dalam menentukan sesuatu perkara bersifat mutlak. Firman Allah yang bermaksud: “...dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: ‘Jadilah’. Lalu jadilah ia.” (Surah al-Baqarah, ayat 117).

Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jugalah pahala yang besar.” (Surah al-Anfal, ayat 28).

Justeru itu kita para ibu bapa sewajarnya memikul amanah tersebut dengan sejujurnya serta ikhlas menerima tanggungjawab. Kita wajib berusaha memastikan anugerah Allah SWT itu juga mendapat haknya di dunia malah diakhirat. 

Wallahu a'lam.

No comments: