

Nak jadi cerita pula aku sudah lama tak balik kampung. Teringat nak beraya kat rumah dikampung pada tahun ini maka aku membawa famili pulang kekampung untuk meninjau persiapan raya dan berkemas rumah yang jarang sekali aku lawati. Persekitaran rumah sudahlah dipenuhi semak dan rumput meninggi hari, di dalam rumah juga bersawang dan sudah mula di naiki anai-anai. Akibatnya rumahku menjadi sarang cicak tokek. Apabila aku bercerita kepada anak-anakku kisah keistimewaan cicak tokek itu maka mereka tidak melepaskan peluang untuk cuba menangkap haiwan reptilia tersebut yang tiba-tiba muncul di dalam tandas.

Mereka mula mengepung lubang-lubang sisip angin bimbang cicak tokek tersebut lari keluar rumah dan sudah pasti sukar dicari jika memasuki semak belukar. Sesudah siap, persiapan tambahan untuk menangkap tokek ialah sebiji botol kosong, sebaiknya botol air, sarung tangan, sehelai kain dan sikap berhati-hati bimbang nanti digigit tokek. Setengah orang mengatakan haiwan tersebut beracun dan perlu dihindari dari gigitannya.

Bila diintai kecelah pam tandas, tokek tersebut masih kecil, berukuran panjang kira-kira lima inci serta anggaran berat antara 100gram hingga 150 gram. Terdapat dua ekor anak cicak tokek di dalam tandas tersebut. Setelah berusaha menangkap beberapa lama, akhirnya dua ekor anak tokek itu berjaya ditangkap dan di simpan di dalam botol yang ditebuk ruang udara. Aku terpaksa membuat carian internet untuk mengenalpasti apakah makanan cicak tokek? Ada yang memberitahu cicak tokek memakan ulat pisang dan cengkerik. Jangan diberi makan roti. Makanan yang disukai cicak tokek ialah telur burung puyuh yang direbus dan dicincang halus. Cicak tokek juga suka tempat gelap, sunyi dan dekat dengan alam semulajadi. Jangan dipelihara di dalam balang kaca (akuarium) bimbang cicak tokek akan stress dan terencat pembesaran.

Info yang paling pelik aku terbaca ddalam internet, jangan berbincang harga tokek di hadapan cicak tersebut. Cicak akan stress dan membunuh diri...Pelik juga tapi boleh juga diyakini petua tersebut. Tokek itu bukankah haiwan hidup. Boleh faham bahasa manusia. Sebab apa orang pernah bercerita kalau nak jual kereta pun jangan bincang dalam kereta kita itu. Nanti akhirnya kereta kita akan buat ragam macam-macam. Itu pun ramai yang percaya.

Sehingga ini rekod terbesar seekor cicak tokek seberat 64kg dijumpai di hutan Kalimantan. Harganya belum dapat ditaksirkan. Harga terendah ialah RM2300.00 bagi ukuran seberat 220gram. Meh cari duit raya...jual tokek...hehehe...
Nota kaki:
Pastikan anda mematuhi peraturan perlindungan hidupan liar sekiranya ingin membela cicak tokek sebagai haiwan eksotik di rumah anda. Sudah pasti membela cicak tokek bukan seperti membela kucing.
No comments:
Post a Comment