Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Wednesday, September 8, 2010

Salam Syawal 1431H

Menjelang 1 syawal esok saya jangkakan hari ini warga kota telah mulai membanjiri lebuh raya, jalan-jalan dan lorong-lorong kecil untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Malah ramai yang telah mengambil cuti panjang tiga hari lebih awal menjelang raya dengan alasan untuk membuat persiapan raya yang lebih rapi.
Bagi kita semua yang masih mengakui anak kampung, rasa tidak lengkap perayaan Aidil Fitri ini kalau tidak pulang ke kampung. Berbanding dengan perayaan lain, Aidil Adha misalnya, semangat untuk pulang beraya ke kampung itu kurang dirasai. Malah ada juga sebilangan warga kota yang tidak mengambil cuti tambahan berbanding Aidil Fitri.
Persiapan raya kali ini juga mesti dibezakan dengan persiapan tahun lepas. Jika tahun lepas tema baju baru warna ungu, tahun ini pastikan berbeza. Alasan logik kita - rakan-rakan dan saudara- mara mesti telah bersiap lebih baik. Kita pasti tidak mahu ketinggalan bas. Tidak kurang yang mengeluh panjang justeru bajet perayaan kita dari tahun ketahun semakin bertambah terutama bajet perjalanan, pakaian, kuih-muih untuk tetamu dan sampul raya untuk disedekahkan kepada anak-anak kecil dan generasi tua.
Kepada taukeh pasaraya dan toko pakaian berlainan pula nadanya. Pastilah sebahagian besarnya tersenyum hingga ke telinga menanti pengumuman bonus kerajaan. Seolah-olah merekalah yang layak bersorak gembira apabila diumumkan ada bonus tahun ini. Ada bonus bermakna ada peluang. Pasti semakin semaraklah aktiviti berbelanja setiap warga kerja samada di kota ataupun di desa. Mereka lantas bersiap sedia menukar gear strategik promosi berani mati - lihat sahaja mereka sanggup meletakkan diskaun hingga 80%, jualan habis-habisan atau dikatakan juga promosi giler.
Entah siapa yang akan menjadi-jadi gilanya tidak pula siapa yang memeriksa. Yang nyata akan berdesup-desuplah wang ringgit mengalir dari tangan kasar ke tangan halus yang hanya saban waktu cuma memicit punat mesin juruwang di pasaraya. Sigenit manis itu walaupun telah sekian lama diajarkan oleh pengurus agar membuat senyum paksa apabila menerima wang pelanggan, namun hari ini hatinya tetap juga berdenyut sakit. Apa tidaknya, pengurus kedai kali ini tidak meluluskan cuti raya, sebaliknya dijanjikan triple-pay plus-plus. Sigenit tetap juga merungut justeru terlepas peluang untuk pulang kampung beraya bersama pakwe.
Teringat aku masa balik kampung, menjelang raya mesti ada pesta mantai. Ia lebih merupakan pesta menyembelih kerbau atau lembu untuk diagih-agihkan kepada penduduk kampung. Kalau sembelih ayam saja tidaklah dinamakan mantai. Pesta mantai ini sudah menjadi tradisi orang-orang di negeri Sembilan khususnya orang Minang. Asalnya dulu disedekahkan saja daging mantai itu kepada orang-orang kampung terutama kepada fakir miskin.
Tetapi sekarang apabila serba-serbinya dibeli, maka daging mantai itu pun dijual dengan harga istimewa iaitu harga yang disubsidikan oleh penganjurnya. Masih berbaloi untuk dibeli. Masih murah harga daging mantai itu kalau sipenganjurnya memang ada niat nak mantai. Kalau dijual mahal bukan pesta mantai namanya. Mungkin lebih sesuai dinamakan pesta membantai pelanggan. Tidak patut mereka menggunakan istilah sensasi itu untuk mengaburi pembeli.
Pelanggan usah pula asyik mengharapkan yang percuma. Kalau hendak juga yang percuma, tunggulah sampai habis jualan peniaga. Mungkin masih ada saki-baki daging atau tulang yang tinggal seperti daging urat, tulang kaki, tanduk, kulit belulang dan isi perut yang tak siapa yang larat membersihkan. Mungkin itulah yang percuma asal dibayar upah cuci.
Siapa yang rajin dan kreatif, maka kulit belulang itulah yang terbaik untuk dijadikan juadah enak hari raya ini! Aku pernah membawa balik kulit belulang itu ke rumah tetapi ada juga yang tersenyum sinis. Lantaran tidak tahu menilai mereka akan lebih cepat melatah - sudah tak mampu ke nak beli daging tahun ini? Kalau tak mampu kita beli daging kotak sajalah asal bukan kulit belulang itu. Sesiapa pun perlu rajin buat sendiri. Nanti sudah jadi lauk ramailah yang berselera nak tumpang dua kaki.
Jangan lupa resipi ini - Jangek Masak Lomak Cili Api dengan Belimbing Buluh. Jangek bila dicampur kulit rambai kering pun sudah cukup enak dimakan sampai tidak nampak mentua lalu belakang. Apalagi bila dicampur dengan belimbing buluh. Nasi akan bertambah dua kali ganda. Budak-budak sekarang manalah tahu menu tradisi seperti itu. Bila ditanya, mereka mudah menjawab tak pernah makan. Puaslah kita berfikir untuk mencari ayat yang sesuai agar mereka menjadi pernah makan. Bila ibu-bapa sudah terlupa tradisi lama, generasi baru usah diharap untuk meneruskan sesuatu tradisi itu. Mereka akan ikut-ikutan budaya semasa. Sampai capal pun mereka sudah ganti dengan selipar Croc. Jadi sungguh budaya rojak - baju kurung moden, berseluar jean sendat dan berselipar Croc! Walaupun bertudung tapi masih nampak janggal.
Ketika aku berfikir-fikir tentang juadah tradisi itu tiba-tiba datanglah seseorang menghantar makanan yang telah tersedia dimasak - Jangek Masak Lomak Cili Api. Inilah dikatakan rahmat ramadan. Baru kita berfikir-fikir hendak mencuba resipi itu, adalah jalannya Allah nak makbulkan. Kena yakin semua itu. Tak sabar rasanya untuk menunggu berbuka puasa. Maka aku pun hadiahkan sekeping gambar juadah enak itu untuk tatapan anda semua - Terima kasih juga kepada si pemasak. Sudah pasti persiapan juadah hidangan itu bukan semudah memakannya. Salam Aidil Fitri - dari Zumna Affendy.


No comments: