Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Tuesday, August 31, 2010

Pelindung Sulit Wanita Dicipta

Bagaimana perasaan anda ketika anda melepasi pemeriksaan alat pengimbas x-ray di lapangan terbang sambil anda melihat petugas di situ tersenyum simpul melihat pergerakan anda. Boleh jadi ada sesuatu yang tidak kena pada diri anda, bukan? Sebahagian penumpang pesawat memang menyedari hal ini namun sebahagian lain mungkin tidak sedar bahawa diri mereka sedang diperiksa dan diperhatikan luar dan dalam.
Para penumpang khususnya wanita kerap merasa malu ketika melalui alat pengimbas x-ray. Ini kerana bahagian sulit wanita iaitu puting payudara dapat kelihatan jelas. Namun kini masalah itu sudah dapat diselesaikan. Sebuah perusahaan di Los Angeles berhasil menyelesaikan masalah pemeriksaan tubuh ini. Kaedahnya dengan mencipta alat penutup bahagian peribadi anda. Penutup ini boleh digunakan di bahagian tubuh yang sensitif yang dapat dilihat jika melalui mesin pengimbas. Ia diperbuat daripada getah yang memiliki ketebalan dua milimeter yang disisipkan dalam pakaian dalam atau juga boleh ditampalkan pada bahagian luar.
“Hingga saat ini, masyarakat belum menyuarakan ketidaksukaannya terhadap mesin pengimbas tubuh yang mengganggu,” ujar jurucakap perusahaan Michael Luongo, seperti dilaporkan Orange, Selasa (3/7/2010).“Penutup puting ini diperuntukkan kepada para penumpang pesawat bagi mendapatkan perlindungan yang cukup dari alat pengimbas x-ray. Penggunaan yang mudah akan membuat pemakainya merasa selesa,” lanjutnya.
Alat pengimbas tubuh, mengeluarkan 'imej bogel' para penumpang, disebabkan oleh gelombang elektromagnetik ketika mereka berdiri di depan alat itu. Menurut sumber, alat penutup tersebut sudah diuji di bandar Manchester selama 12 bulan. Sementara 11 bandar lain di Amerika Syarikat akan mula menggunakan alat penutup tubuh itu dua tahun akan datang.

No comments: