Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Saturday, October 2, 2010

MENGIMBAU NOSTALGIA DALAM LAGU

Sungguh bahagia hidup Ini
ayah dan ibu disisiku
dipeluk dicium
dibelai dimanja
dipuja dengan kasih sayang.

Hari berganti berbilang tahun
bahagia menjelma bencana
ayah di timur ibu di barat
perceraian membawa kehancuran.

Oh ayah dan ibu
tidakkah kau merasa rindu...
anakmu yang kini hidup menderita
sendiri...

Oh ayah oh ibu
ku mengharap kasih sayangmu
kembalilah....

Ayah dan ibu dengarkanlah
anakmu yang ingin bersekolah
tanpa dirimu hidupku hampa
sayangi daku ayah ibu...

Siapa ingat lagi lagu ni? Aku percaya ramai yang tau dan masih ingat lagu ni terutama sekali kanak-kanak era awal 1980an. Mesti macam -macam nostalgia kenangan korang apabila mendengar lagu Sayangi Daku lantunan penyanyi cilik Andrian. Lagu ini pernah popular pada tahun 1987 di mana ketika itu Andrian baru berumur 7 tahun. Aku pernah dengar lagu ni masa zaman sekolah dulu tapi aku tak berapa ingat part yang dia nyanyi sambil menangis tersedu-sedu dalam lagu ni. Kalau tidak silap RTM juga pernah menyiarkan video klip lagu yang memang hits ketika itu hingga mampu memecahkan dominasi lagu Kain Pelikat nyanyian Annuar & Elina.

Andrian atau nama sebenarnya Andrian Shah Andy merupakan anak kepada penyanyi Allahyarham Andy Yunus dan penyanyi / pelakon Indonesia Ade Nirmala yang popular sebagai heroin dalam filem 'Dendang Perantau' pada tahun 1979.

Beliau mula menyanyi pada usia 7 tahun dan lagu hits pertamanya ialah 'Sayangi Daku'. Andrian sempat keluarkan 5 album di bawah komposer ayah beliau sendiri. Antara album tersebut ialah Andrian, Jeritan Anak, Sambal Belacan dan Pendekar Silat. Lagu lain yang popular ialah Cinta Malaysia, Sambal Belacan, Doa Ibu, Nasib Si buta dan Ayah.

Pada tahun 2000 dalam usia Andrian menginjak dewasa beliau kembali aktif dalam dunia muzik. Kemunculan pada masa itu bersama kumpulan yang dinamakan '&Rian's Band' dan sempat popular dengan lagu 'Maafkanlah Sekali Lagi' . Selepas beberapa waktu beliau dan kumpulan &Rian's Band terus menyepikan diri dari arus muzik perdana.

Tidak dapat dipastikan di manakah Andrian kini.

sumber

No comments: