Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Tuesday, September 1, 2009

KOLEKSI WANG LAMA



BATU PAHAT: Seorang guru berhasrat menjual 18 duit syiling lama berusia antara 105 tahun hingga 164 tahun kepada sesiapa yang memiliki kemahiran dalam penjagaan barang lama supaya khazanah tinggalan datuknya dipelihara dengan sempurna.Baharudin Mohd Satari, 50, berkata beliau menemui 18 duit syiling itu yang disimpan datuknya, Allahyarham Taib Salleh pada 1985 dan terus menyimpannya sehingga kini.Bagaimanapun katanya, selepas 23 tahun menyimpannya, beliau bimbang khazanah berharga itu rosak jika tidak dijaga dengan betul.“Saya sayangkan syiling itu dan tidak mahu ia rosak. Saya berharap ada pihak yang mempunyai pengalaman dan ilmu serta bahan secukupnya untuk memulihara syiling itu.“Saya juga berharap orang yang ingin memiliki syiling ini benar-benar berminat dan jangan untuk dijadikan bahan yang boleh membawa khurafat seperti pemujaan.“ Sebelum ini, ada juga orang yang ingin meminjam syiling berkenaan, namun tidak saya berikan kerana bimbang dengan tujuan mereka,” katanya.Antara syiling yang masih baik dalam simpanannya termasuk syiling Straits Settlements, India Straits dengan wajah Queen Victoria dan King Edward dari 1845 hingga 1904, syiling Sarawak 1886 dan tiga syiling dari negara China termasuk satu yang mempunyai lambang naga yang tidak dapat dipastikan tahun keluarannya.Baharudin berkata, datuknya peniaga di Muar dan dipercayai menyimpan wang syiling itu hasil urusan jual beli ketika itu.“Bagaimanapun, ketika Perang Dunia Kedua, wang berkenaan tidak digunakan menyebabkan arwah terus menyimpannya dengan harapan ia boleh digunakan selepas tamat perang.“Namun, selepas perang syiling itu tidak lagi digunakan menyebabkan arwah terus menyimpan sebagai kenangan,” katanya.Katanya, sejak sekian lama dalam simpanannya, beberapa duit syiling itu kini mula rosak kerana beliau tidak pengetahuan dan peralatan serta bahan kimia yang diperlukan untuk memelihara artifak lama.
Nota kaki:
Koleksi mata wang syiling atau wang kertas lama memang bernilai tinggi. Saya juga bukan pendatang baru sebagai peminat dan pengumpul mata wang syiling dan wang kertas lama. (Sebahagian koleksi saya seperti foto di atas). Saya banyak menyimpan koleksi wang syiling dan wang kertas lama yang boleh kita kongsi info atau berminat untuk membeli. Salah satu milik saya ialah wang syiling kesultanan Melayu lama ( saya sukar mengenalpasti tahun ia dibuat. Saya juga memiliki syiling lama kesultanan Brunei dan syiling lama Kerajaan British di Malaya. Sila hubungi saya melalui telefon: 013-4453731 atau email : zumna2006@gmail.com

1 comment:

Anonymous said...

SYILING ONE DOLLAR KING EDWARD 1904.. Semalam terjumpa (ketika kerja megorek lubang) area rumah di kelatan.. Berapa nilai duit nie skrg? Nk jual lah.. Call 0176072346/0129103246