
BEIJING: Seorang bayi perempuan menjadi perenang profesional di China yang mana tiket bagi persembahan kemunculannya sudah habis dijual. Xiao Xingwa, dari Qinghuangdao, wilayah Hebei sudah berenang sejak berusia empat bulan dan diajar serta dilatih datuk dan neneknya. Bayi berusia 21 bulan itu akan mengadakan persembahan umum pertamanya di pusat percutian Dongshan Sea Rabu depan.
Wang, datuknya, berkata: “Xingwa sangat sukakan air dan boleh melakukan banyak aksi. Dia juga berasa selesa dalam air sehingga kadang kala tertidur dalam kolam renang.” - Agensi
Wang, datuknya, berkata: “Xingwa sangat sukakan air dan boleh melakukan banyak aksi. Dia juga berasa selesa dalam air sehingga kadang kala tertidur dalam kolam renang.” - Agensi
Nota kaki:
Masihkah ingat lagu dodoian ibu-ibu kita masa dulu-dulu - Buai tinggi-tinggi, sampai cucur atap, belum tumbuh gigi, sudah pandai baca kitab. Falsafah itulah yang mungkin digunakan oleh keluarga Cina ini untuk mengajar cucunya berenang sejak cucunya itu belum tumbuh gigi (bayi) lagi. Kita tahu asuhan semasa kecil amat penting bagi memastikan anak kita itu bukan sahaja pandai berenang malah pandai membaca kitab (mungkin yang dimaksudkan kitab itu ialah Al-Quran). Mari kita hayati maksud lagu itu dan teladani kisah ini.
Sumber Teks:
Sumber Foto:
No comments:
Post a Comment