Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Friday, May 8, 2009

NEGARA KITA BOLEH TANGANI SELSEMA BABI

Sumber Foto:

Apakah dimaksudkan dengan selesema babi?

Ia sejenis masalah pernafasan yang disebabkan virus influenza A dijangkiti babi. Ada banyak jenis virus dan jangkitannya sentiasa berubah. Ia sebelum ini tidak menjangkiti manusia, tetapi keadaan ketika ini membuktikan sebaliknya dan mudah tersebar di antara manusia, dipercayai menerusi batuk dan bersin. Ia juga jenis baru virus H1N1 yang turut menyebabkan wabak besar-besaran demam selesema pada 1918. Rawatan yang ada setakat ini berkesan, tetapi ia tidak mempunyai sebarang vaksin. Biarpun H1N1 ialah jenis sama yang menyebabkan jangkitan demam selesema di kalangan manusia, tetapi versi terbaru virus ini amat berbeza. Ia mengandungi bahan genetik yang lazimnya ditemui dalam virus yang dijangkiti manusia, unggas dan babi.

Ramai yang tidak tahu banyak perbezaan antara selesema babi, selesema burung dan selesema bermusim atau influenza yang berlaku sepanjang tahun di Malaysia.

Jika selesema bermusim boleh ditangani dengan vaksin, sama ada vaksin hemisfera selatan (dikeluarkan setiap Mac) dan vaksin hemisfera utara (dikeluarkan setiap September), tetapi selesema babi yang diramalkan menjadi pandemik atau wabak besar-besaran ketika ini masih tiada vaksinnya.

Sumber Foto:

Berdasarkan perkembangan semasa, vaksin selesema babi mungkin berada di pasaran menjelang Jun nanti.

Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Datin Dr Che Ilina Che Isahak, berkata vaksin selesema bermusim tidak boleh mencegah selesema babi atau selesema burung, tetapi pengambilannya membantu dari segi pengeluaran vaksin itu sendiri jika berlaku wabak.

"Jika vaksin selesema bermusim hanya diambil pada jumlah yang sedikit pada waktu biasa, apabila berlakunya wabak, sukar untuk syarikat farmaseutikal untuk menggandakan jumlah pengeluaran mereka dan memberi keutamaan kepada pengguna," katanya.

Sumber Foto:

Satu daripada sebab warga Malaysia tidak mengambil vaksin selesema bermusim kerana mereka tidak mempercayai kewujudan influenza di negara ini.

Bagaimanapun, mengikut kajian yang dilakukan Dr Che Ilina, influenza berlaku di Malaysia dan ia berupaya menjadi pandemik yang meragut nyawa.

Malah, laporan tahunan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyebut antara lima hingga 15 peratus populasi dunia terjejas dengan masalah influenza. Setiap tahun, antara tiga hingga lima.

Apa yang membezakan influenza dan selesema ialah masalah jangkitan pernafasan terjadi disebabkan virus influenza yang boleh berlaku pada tahap biasa hingga membawa maut. juta kes influenza yang sederhana dan kronik mencatatkan kematian antara 250,000 dan 500,000 orang di seluruh dunia.


Sumber Teks:
Hafizah Iszahanid hafiza@bharian.com.my



No comments: