Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Wednesday, May 6, 2009

KASIH SAYANG YANG SUDAH HILANG


Kroniknya perpaduan dan kasih sayang antara manusia hari ini adalah lambang kehancuran dan kritikalnya rasa berTuhan di hati manusia itu. Hidup masing-masing bagaikan enau di dalam belukar, berebut-rebut melepaskan pucuk masing-masing. Ibarat berundangkan hukum rimba, siapa yang kuat, siapa yang kaya, siapa yang ada pengaruh maka dunia ditangannya dan manusia lain yang lemah, tertindas dan teraniaya. Apa kaitanya rasa berTuhan dengan kasih sayang sesama manusia?

Bila cinta Tuhan, cinta dengan manusia. Bila takut Tuhan, takutlah untuk berbuat salah dengan manusia. Maka lahirlah masyarakat yang luar biasa, bersatu padu, sangat memikirkan orang lain, bertanya-tanya khabar sesama kawan seperjuangan, satu hari tidak bertemu akan tertanya-tanya. Bila ada orang miskin, tidak payah sampaikan ke pihak kerajaan atau dipaparkan lagi di dalam media massa untuk mendapat perhatian masyarakat. Masing-masing tahu dan berebut-rebut untuk membantu. Jadilah orang miskin lebih senang dari orang kaya. Contohnya, katalah dalam satu masyarakat kampung, hasil kenal-mengenal, penduduk tahu siapa yang kaya dan siapa yang miskin. Katalah ada seorang yang kaya. Orang tahu dia kaya maka orang tidak fikirkan samada dia makan atau tidak sebab dia kaya. Tapi kalau orang miskin, masyarakat kampung tahu, masing-masing beri makanan sehingga banyak makanannya setiap hari. Hinggalah terjadi orang miskin begitu kaya raya dengan rezeki hari itu manakala orang kaya hanya kaya biasa. Di hari raya, orang miskin dapat baju raya 2,3 pasang.

Ikuti seterusnya
Nota kaki:
Semalam aku berkesempatan mendengar dan menghayati kuliah agama di surau . Ustaz bercerita bagaimana mampu kita hendak memperbaiki masyarakat yang rosak sekiranya setiap hari kita sendiri disogokkan budaya hiburan yang melalai dan memesongkan. Jika diri sendiri sudah diracun oleh kehidupan yang sentiasa melalaikan, usah fikir bagaimana kita hendak menyedarkan orang lain. Dalam Al-Quran ada menyebutkan, hindari dirimu dan ahlimu dari api neraka. Ustaz menambah lagi, bayangkan dari mula kita buka mata sehingga kita menutup mata kerana hendak tidur, berapa banyak dosa dan kesilapan yang kita perbuat berbanding kebaikan dan pahala yang kita mampu amalkan. Muhasabahlah diri kita..


No comments: