
Senyum - Raihan
Manis wajahmu kulihat di
apakah rahsia yang tersirat
tapi zahirnya dapat kulihat
mesra wajahmu dengan senyuman
senyuman..senyuman..
Senyum tanda mesra
senyum tanda sayang
senyumlah sedekah yang paling mudah
senyum diwaktu susah
tanda ketabahan
senyum itu tanda keimanan...
Catitan:
Mengapa kadang waktu kita sukar benar untuk tersenyum? Seperti ada tali yang menjerut bibir membuatkan mulut kaku untuk melebarkan senyuman. Di mana-mana kita berjalan, bertemu rakan dan kenalan ada waktunya bukan sahaja hati menjadi berat untuk bertegur sapa malah jauh sekali untuk melemparkan seuntai senyuman penuh mesra.
Walau pun senyuman itu ibarat suatu sedekah yang paling mudah, namun jika itu pun masih sukar dan pahit untuk dilaksanakan, maka jalan ibadah mana yang lebih mudah untuk kita lakukan. Marilah kita sama-sama merenung dan memikir..
No comments:
Post a Comment