Utusan Malaysia 3 Nov 2008 menyebutkan : Satu kajian dari Universiti Washington, Prof. David Alkins menyatakan kadar curang penduduk Amerika telah meningkat berbanding beberapa tahun yang lalu. Kecurangan golongan lelaki antara umur 50an ke 60an serta wanita 20an dan 30an meningkat mendadak. Antara sebab yang membantu peningkatan bagi golongan lelaki 50an atau 60an adalah disebabkan kemudahan ubat-ubatan bagi merangsang dan memulih kembali nafsu seks lelaki. Ini di antara punca meningkatnya kadar curang golongan ini. Manakala bagi wanita 20an dan 30an pula adalah disebabkan kemudahan melayari internet.
Paling membimbangkan adalah sesetengah golongan ini walaupun mereka menyedari kecurangan itu berlaku di dalam keluarga, namun masih bersikap tidak kisah dan membiarkan sahaja apa yang berlaku. Justeru itu kita dapati bahawa (kerosakan) kehidupan sosial masyarakat di sana begitu ketara. Yang membimbang kita, masalah sosial berkenaan tidak mustahil akan menjangkiti masyarakat kita...

Ikuti kisah seterusnya melalui blog berikut:
http://hambalialorstari.blogspot.com/
Catitan:
Saya berpendapat kerosakan sosial sebagaimana di Barat itu sebenarnya telah rancak menular ke dalam masyarakat kita hari ini. Malah sikap masyarakat kita semakin hilang keprihatinan dan kepekaan disebabkan peralihan kepada budaya hidup moden yang mementingkan masa untuk kerja, wang untuk material dan privasi untuk individu. Akibatnya, berlaku kecelaruan cara hidup, kecurangan rumahtangga dan kebebalan jiwa. Kehalusan akhlak budi, sopan santun dan mesra menyayangi dibimbangi kelak semakin lenyap dibawa arus keduniaan..
No comments:
Post a Comment