.jpg)
Zaman Kanak-Kanak
Sesekali inginku imbau kembali nostalgia itu. Seakan baru semalam ia kutinggalkan. Begitu pantas waktu berlalu. Melihatkan telatah anak-anakku membesar, bermain serta menghabiskan waktu persekolahan mereka. Tanpa perlu gusar dihambat kerisauan untuk memikirkan perjalanan hidup masa depan yang masih panjang. Alangkah manisnya nostalgia itu yang telah kutinggalkan lebih tiga dekad lalu.
Hanya tiga hari lalu kutelusuri semula daerah pinggiran tempatku dibesarkan. Sebuah rumah tua di pinggir desa yang kini telah begitu uzur dan usang serta menanti waktu untuk tumbang. Di sinilah aku mencoretkan kenangan zaman kanak-kanak hingga usiaku muda remaja. Mengutip pelbagai pengalaman dalam perjalanan penuh suka duka di desaku tercinta.
Tidak ada koleksi fotoku ketika itu. Hanya kotak memoriku mengingati sedikit sebanyak sejarah yang pernah kulalui. Tidak seperti dewasa ini. Apabila dunia digital menawarkan ruang memori luas untuk menyimpan kenangan peribadi di ruang maya. Ada yang menggunakan kesempatan itu untuk tujuan koleksi peribadi sementara yang lain menjadikan sumber komersil. Terpulanglah. Namun buatku koleksi itu memang amat bermakna selain kenangan dan intuisi masalalu untuk tatapan anak-anak dan generasi akan datang. Sebahagian koleksi foto anak-anakku serta anak dan cucu sedara semua kusimpan kemas dalam album yang anda boleh lihat melalui link berikut;





No comments:
Post a Comment