Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Monday, August 4, 2008

Sweet Charity - Dunia Perlumbaan

Hidup di dunia ini bagai satu perlumbaan
ada yang menang ada yang kalah..
yang kalah kan tenggelam di dalam jurang sengsara
yang menang pula menjadi raja
tak kira mengira cara apa
berlari dan berlari terus berlari
ternyata dan jelas yang lebih kuat kan menang
yang lemah pula kan keciciran
hati yang pada yang menang ialah IKHLAS dan kehormatan
walau ini hanya lah KHAYALAN...

apa saja yang di kejar kejar kan
ini paling harus dia mengerti
jangan sampai SESAT haluan nanti
memang benar diri kita mesti menang
tapi apa yang di pertarung kan
jangan sampai menyesal kemudian hari

HASRAT semua manusia tiada banyak beza nya...
semua nya INGIN MENANG SAJA
tak kira terpijak kaki lawan nya
tak kira kerana di hati IRI masih ADA...

apa saja yang di kejar kejar kan
ini paling harus dia mengerti
jangan sampai SESAT haluan nanti
memang benar diri kita mesti menang
tapi apa yang di pertarungkan
jangan sampai menyesal di kemudian hari...

Walaupun lirik lagu malar hijau ini telah lama dikumandangkan oleh Papa Rock Ramli Sarip di era awal 1980an namun buatku ia masih tetap mengesankan untuk dihayati. Sebuah kebenaran yang sukar disangkal selagi manusia bernama insan masih wujud.
Dengan penuh pengertian beliau melontarkan intuisinya tentang dunia kehidupan manusia di dunia fana..Dunia penuh perlumbaan...Dewasa ini siapa kuat dialah raja. Siapa lemah dialah hamba. Akur kepada hukum rimba malah menempelak hukum karma. Manusia yang merasa ada sedikit jiwa manusia disanubari ditertawa, diperlekeh dan dipersendakan.
Aku terbaca satu kisah didada akhbar suatu ketika dulu. Kisah sampah yang dibuang merata oleh sitangan miang. Peduli apa nak jaga kebersihan, itu bukan kerja kami, kata mereka. Biarlah dunia penuh sampah kerana rasa tanggungjawab untuk menjaga kebersihan bukan ditangan mereka - Itulah luahan hati bongkak mereka penuh megah. Sampah itu akan dikutip jua oleh simiskin, mungkin begitu sambungan ungkapan mereka.
Hati manusia bagai sampah inilah yang berselerak hidup bak kelkatu di penjuru jagatraya. Yang kekar memudarkan warna pelangi kehidupan kita pecinta kedamaian dan kebersihan semesta. Antara dua golongan ini siapa pemenang..Fikirkanlah sendiri!

No comments: