Pokok Emas Cotek ataupun Mas Cotek merupakan sejenis pokok herba yang digunakan dalam bidang perubatan Melayu. Dalam perubatan Melayu pokok mas cotek ini dibahagikan kepada mas cotek jantan (berdaun kecil) dan betina (berdaun besar) .
Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus deltoidea merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya di kalangan pengamal perubatan tradisional. Selain Tongkat Ali dan Kacip Fatimah, Mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan.
Herba Mas Cotek adalah pusaka asli wanita dalam warisan perubatan Melayu. Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Disamping itu, dipercayai rebusan daun Emas Cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan menghindari pengamal dari sakit kepala (migraine) dan angin ahmar.
Air rebusan daun, batang, akar, dan buah Emas Cotek terbukti dapat menyembuhkan penyakit paru-paru berair, sakit pinggang, mengurangkan keletihan, dan yang paling utama ialah ia mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri.
Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketegangan alat kelamin. Daun Emas Cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar. Ia juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Apabila diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga. Antaranya penyakit yang dapat dibantu:
Mengeluarkan toksin dalam badan
Melancarkan perjalanan darah
Sakit urat saraf
Gout
Kencing manis
Darah tinggi
Membuang kolestrol dan lemak
Buasir
Migraine
Paru-paru berair
Pemulih tenaga batin
Sakit puan
Senggugut
Sakit pinggang
Keletihan
Masalah tidur
Rangsangan hormon lelaki
Mengecutkan rahim peranakan
Merapatkan pintu rahim
Sakit lutut
Mencantikkan dan melicinkan kulit
Demam/ Selesema
Awet muda
Catatan kaki-
Aku sengaja nak fokuskan bicaraku kali ini kepada khasiat herba yang ada di sekeliling halaman rumah atau kampungku. Kadang-kadang orang tak kisah kalau belum betul-betul sakit. Sesuailah kata bidalan menyebutkan - Dah terantuk baru tengadah! Sudah tenat baru tercari Dr Bedah. Cubalah tukar menu harian dengan menambah sayur herba seperti pucuk betik, mengkudu, peria katak dan seumpamanya. Semua itu ada khasiat tersendiri yang hanya disedari oleh orang yang prihatin tentang penjagaan kesihatan badan.
Ihsan:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Emas_Cotek
http://www.emascotek.com/khasiat.html
No comments:
Post a Comment