Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Wednesday, August 6, 2008

Mudaratnya Anjing Dan Babi

(Satu kupasan oleh Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah)

SOALAN- SAYA tertarik dengan soalan dan jawapan mengenai hukum haram anjing dan babi. Saya mempunyai soalan lanjut mengenai hal tersebut. Saya menetap di sebuah negara bukan muslim. Sekali-sekala, apabila bersiar-siar di taman atau melawat rumah rakan-rakan bukan muslim,terdapat anjing jinak yang merapati diri saya. Memandangkan saya telah dididik sejak kecil agar mengelakkan daripada menyentuh anjing, saya sedaya-upaya melarikan diri daripada anjing-anjing tersebut.
Hal ini secara tidak langsung meninggalkan pandangan buruk masyarakat bukan Islam terhadap sikap umat Islam yang memandang hina terhadap haiwan-haiwan ini. Sebagai seorang muslim, saya berasa bertanggungjawab untuk memberikan ulasan terbaik kepada mereka tentang hal ini agar Islam tidak dipandang serong. Apakah cara terbaik untuk saya menjelaskan hal ini?
JAWAPAN - Islam agama kesihatan, kesejahteraan dan keharmonian. Sebab itulah agama Islam mengajar penganutnya supaya berwaspada dalam setiap tindak tanduk supaya tidak menghampiri sesuatu yang boleh memudaratkan dirinya. Kadang-kadang kita menganggap masyarakat Barat itu mempunyai kehalusan budi dan perikemanusiaan yang tinggi serta menaruh kasih-sayang kepada semua binatang yang hidup. Mereka menganggap, bahawa Islam itu bersikap keras terhadap binatang yang dapat dipercayai, tunduk dan amanah. Di dalam mencari jawapan terhadap persoalan ini, saya kira jawapan oleh Dr. Muhammad Yusof Qaradawi adalah yang terbaik.
Apa yang dinyatakan dalam kitab Halal dan Haram. Beliau membawa penjelasan berdasarkan kepada kajian saintifik seorang sarjana Jerman. Huraian dijelaskan dalam sebuah artikel mengenai bahaya yang akan timbul kerana memelihara anjing. Beliau menyatakan: “Bertambahnya musibah yang diderita umat manusia pada tahun terakhir yang disebabkan oleh anjing, memaksa kita untuk memerhatikan secara khusus tentang betapa bahaya yang nampak sekali disebabkan oleh anjing, lebih-lebih situasinya bukan terbatas kerana memelihara tetapi sampai kepada bermain-main dan mencium serta mengusap-usap anjing dengan tangan oleh anak-anak kecil dan orang-orang dewasa.
“Bahkan banyak sekali anjing-anjing itu menjilat bekas-bekas makanan yang ada di piring orang tempat menyimpan makanan dan minuman manusia.”
Apa yang dijelaskan ialah sejenis cacing yang dikenal pasti dengan nama ‘cacing pita’ yang berpindah ke dalam tubuh manusia melalui gigitan, jilatan atau usapan, apatah lagi kalau dicium dan dibawa tidur seperti mana yang dilakukan oleh orang Barat. Cacing pita ini bentuknya sangat kecil sekali. Cacing ini akan nampak pada diri manusia dalam bentuk jerawat. Cacing ini terdapat juga pada binatang-binatang lain terutama babi tetapi pertumbuhannya tidak secepat cacing pita pada anjing.
Terdapat juga pada anak-anak anjing hutan dan serigala tetapi jarang ada pada kucing. Cacing-cacing ini tidak dapat tumbuh pada diri manusia dan haiwan, melainkan berupa jerawat-jerawat dan bisul-bisul baru yang satu sama lain sangat berbeza dengan cacing pita itu sendiri. Kebanyakan bisul ini menyerang hati manusia dan akan nampak dalam bentuknya yang berbeza-beza tetapi kebanyakan kemudian pindah pada paru-paru, lengan, limpa dan anggota yang lain. Semua ini dapat berubah bentuk maupun keadaannya dengan perubahan yang besar sekali, sehingga dalam waktu relatif pendek sukar untuk dapat dibezakan dari yang biasa. Natijahnya, bahawa bisul ini kalau aktif sangat boleh mengancam kesihatan manusia dan menjadikan kehidupan seseorang itu menderita kesakitan. Sampai hari ini belum ada jalan untuk mengubatinya.
Cuma kadang-kadang cacing-cacing ini akan mati dengan sendirinya dan kadang-kadang antibodi seseorang itu akan melawan dan bertindak mematikan racun-racun cacing pita tadi. Justeru, demi menjaga kesihatan dan kelangsungan hidup manusia, jangan bermain-main dan berdekatan dengan anjing. Begitu pula anak-anak supaya tidak membiasakan bergaul dengan anjing. Jangan biarkan tangannya dijilat anjing dan jangan dibenarkan anjing-anjing itu tinggal di tempat permainan anak-anak. Sebab sangat disesalkan, sering kita lihat ada beberapa anjing yang berkeliaran di tempat-tempat olahraga anak-anak.
Di samping itu, harus disediakan pula bejana-bejana khusus untuk makanan anjing. Jangan dibiarkan anjing-anjing itu menjilat piring-piring yang biasa digunakan oleh manusia. Jangan pula dibiarkan anjing-anjing itu keluar dan masuk di kedai-kedai makanan, pasar-pasar umum, warung- warung dan sebagainya. Semua orang harus mengambil bahagian khusus untuk menghindarkan anjing daripada apa saja yang bersentuhan dengan makanan dan minuman manusia.
Dengan demikian, maka kita dapat tahu betapa Rasulullah melarang kita untuk bergaul dengan anjing dan memperingatkan kita jangan sampai bejana-bejana kita itu dijilat oleh anjing serta melarang memelihara anjing, kecuali kerana diperlukan. Betapa pula kesesuaian ajaran Muhammad dengan pengetahuan moden dan ilmu perubatan yang mutakhir! Allah s.w.t. mengingatkan kita bahawa apa sahaja yang di sampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah wahyu daripada-Nya. Muhammad tidak berbicara yang keluar dari hawa nafsunya. Tidak lain yang dikatakan itu melainkan wahyu yang diwahyukan. (an-Najm: 3-4)

No comments: