Pernahkah kita terfikir mengapa 170 drpd 193 negara
dlm dunia ini (88%) sudah melaksanakan GST, Goods & Services Tax atau CBP,
Cukai Barang & Perkhidmatan atau VAT, Value Added Tax? Adakah mereka ingin
menzalimi rakyat di negara masing2 itu?
Angka 170 itu termasuk negara mundur, berpendapatan
sederhana rendah, berpendapatan sederhana tinggi (Msia termasuk kategori ini)
dan juga negara2 maju.
Pernahkah kita cuba ingin mencari jawapan mengapa 43
drpd 57 negara (75%) dlm OIC, Organisation of Islamic Cooperation sudah
melaksana GST/VAT? Tentu negara2 itu tahu yg GST hukumnya harus &
dibolehkan drpd sudut agama Islam.
Jawapannya ialah kerana GST lebih baik drpd sistem
cukai kepenggunaan yg lain spt SST Sales & Services Tax atau CJP, Cukai
Jualan & Perkhidmatan yg di Msia ini sudah pun dilaksana sejak 1972 &
1975.
SST? Apa itu? Pembangkang sebut selama ini kita tak
ada kena cukai tapi sekarang semua org kena. Betul ke itu? Black box kapal
terbang warna hitam. Betul ke? GST cukai yg zalim. Betul ke? Kotak hitam
rupa-rupanya berwarna jingga/oren. GST model Msia yg sebenar adalah cukai yg
adil & tidak zalim.
Selama ini rakyat Msia sudah pun membayar cukai SST
dlm banyak barang & perkhidmatan iaitu 5% atau 6% atau 10%. Malangnya SST
itu kurang telus sbb ianya termasuk dlm harga barang yg rakyat tidak perasan
sedangkan GST kini telus kerana ada dlm resit. Rakyat Msia tiba2 menjadi tambah
celik kewangan bermula 1/4/15. Dulu tidak pernah simpan resit barang2 yg dibeli,
skrng resit dibaca, disimpan & di whatsapp ke seluruh dunia !!
Berikut adalah sbhg drpd kebaikan GST utk rakyat &
negara:
1) Sistem cukai yg berkesan, telus dan cekap kerana
GST mempunyai aturan yg baik, penggunaan sistem komputer dgn perisian yg tepat
& boleh diurus sendiri. Buku akaun jadi satu dokumen yg lengkap, bukan
sentiasa rugi jika diguna waktu membayar cukai kpd Lembaga Hasil, LHDNM.
2) Mengembangkan ekonomi negara kerana GST jadikan
perniagaan berkembang lebih teratur dgn rantaian jualan jadi lebih baik. GST
boleh kembangkan ekonomi negara 0.3 - 0.5% dlm tahun pertama pelaksanaannya.
3) Mengurangkan ekonomi terselindung (pengelakan /
penipuan cukai). Kini ekonomi gelap di Msia menurut kajian Bank Dunia berjumlah
30% drpd KDNK, Keluaran Dlm Negara Kasar / GDP Gross Domestic Product. Dan dgn
GST "the shadow economy" ŵini boleh dikurang kpd 10-15%. Pembangkang
yg tak sokong GST adakah mereka sedar ini bermaksud ingin lindungi penipuan
cukai??
4) Membantu sektor eksport negara kerana semasa SST cukai
dikenakan kpd eksport. GST tidak dikenakan terhadap eksport maka jadikan
eksport lebih murah & berdaya saing di peringkat antarabangsa. Pembangkang
tidak setuju kpd langkah yg baik ini?
5) Membantu sektor pelancongan kerana pelancong boleh
claim GST di airport terhadap barang yg dibawa pulang. Namun khidmat &
belanja dlm negara tetap pelancong bayar GST.
6) Mengurangkan kos perniagaan kerana peniaga boleh
claim cukai input 6%. Rantaian kilang, pemborong & peruncit boleh claim
balik yg akan turunkan kos niaga. Pengguna tidak claim balik sbb jika claim
maka tiadalah sebarang cukai akan dikutip. Tapi pengilang, pemborong &
peruncit adalah rakyat yg juga pengguna.
7) Menjadikan harga barang lebih patut bila kos niaga
berkurang. Semasa SST, cukai dianggap sbg kos maka ianya dipindah kpd pengguna
utk membayarnya. GST bukan suatu kos kpd peniaga. Pembangkang tidak suka harga
barang jadi lebih patut?
8) Menambah hasil negara utk manfaat rakyat sbb cukai
diguna utk pendidikan, kemahiran, kesihatan, keselamatan, kebajikan, ratusan
touchpoints Bajet tahunan & pembangunan negara secara keseluruhan. Cukai
adalah dari rakyat, dikutip & di bajet dgn adil oleh Kementerian Kewangan,
diproses / lulus di Dewan Rakyat / Dewan Negara dan dikembalikan semula kpd
rakyat.
9) GST sistem cukai yg lebih baik drpd cukai jualan
& perkhidmatan SST kerana berlaku cukai atas cukai & pindahan nilai dlm
SST. 5% SST jadi 8% dan 10% jadi 15%. Ini jadikan harga barang naik. Kesan 8
& 15% itu kini turun kpd hanya 6% GST. Pembangkang tidak suka cukai
diturunkan?
10) Membantu Msia jadi negara maju thn 2020 nanti
kerana GST menepati standard antarabangsa. Sbb itulah maka majoriti negara di
dunia ini sudah laksanakannya. 9 drpd 10 penduduk di dunia berada dlm negara yg
laksanakan GST/VAT.
Soalnya,jika GST baik mengapa harga barang naik?
Hakikatnya tidak semua peniaga naikkan harga. Peniaga2 yang sokong pembangkang
tidak akan jayakan inisiatif baik Kerajaan BN. Mereka "sabotaj"
ekonomi negara ini, dgn naikkan harga barang agar rakyat marah kpd BN.
Peniaga yg beretika spt puluhan cawangan Mydin, 165
Kedai Rakyat 1Msia, lebih 300 cawangan Pasar Tani, 21 cawangan Jakel, lebih 600
cawangan KFC, Domino Pizza, sbhg besar pasar2 raya besar seluruh negara, hampir
semua pengeluar kereta spt Proton dll menjual barang dgn sama harga atau lebih
rendah dibanding sebelum GST. Ya GST yg sebenar boleh menurunkan harga barang.
Jika barang turun maka pembangkang akan susah hati. Oleh itu adalah menjadi
kegembiraan pembangkang jika GST dapat dimanipulasi dgn menaikkan harga
barangan.
Penguatkuasaan sedang dilaksanakan oleh KPDNKK &
Kastam. Rakyat sedang menanti ada peniaga yg akan dihadapkan ke mahkamah kerana
melanggar Akta Kawalan Harga & Anti Pencatutan dll Akta yg berkaitan dgn
perlindungan rakyat dan pengguna. Mahkamah baru itu kini ada di setiap buah
negeri utk percepatkan perbicaraan.
Denda dan penjarakan mereka yg mengambil kesempatan
dgn naikkan harga spt kpd barang2 yg sebelum ini ada 10% SST maka patut turun
harga kerana tolak SST 10% baru dicampur GST 6% jadi barang turun sekitar 4%.
Peniaga mesti ikut SOP GST yg sebenar. Pengguna pula gunakan kuasa 3M, memilih,
melapor & memboikot peniaga yg degil.
Sifar GST utk makanan asas yg dibeli dlm peratusan yg
tinggi drpd belanja rakyat yg berpendapatan rendah, 4200 ubat2an, buku2, air
paip, gas masak, susu bayi. Juga sifar GST utk beras, tepong, gula, garam,
rempah, sayur, ulam, buah2an, semua makanan laut basah & kering, daging
lembu, kambing, ayam, itik, telur dll.
Kedai kecil, warung2, pasar2 kecil yg pendapatan mereka
kurang rm500 ribu setahun tiada GST. Perkhidmatan asas spt pendidikan,
kesihatan, pengangkutan awam, penyewaan rumah & urusan Kjaan juga
dikecualikan GST. Model GST sifar yg banyak begini hanya ada di Msia. Kadar 6%
pula adalah terendah di dunia selepas 3 negara lain yg kadarnya 5%.
Kerana GST maka cukai SST turun 10% kpd 6%, cukai
pendapatan individu turun 1-3%, cukai koperasi diturunkan 1-2%, cukai syarikat
turun 25% kpd 24% dan cukai PKS/SME turun 20% kpd 19%. Kerana GST maka BR1M
dinaikkan kpd rm950. Rakyat tentu inginkan akan ada lagi program2 kebajikan
lain yg akan diumumkan dari semasa ke semasa.
GST adalah perubahan sistem cukai yg terbesar dlm
sejarah Msia. Perdana Menteri sebut fakta ini dlm perjumpaan dgn Kastam pada
30/3/2015. GST akan stabil dlm masa 6 bulan drpd tarikh 1/4/15, menurut Kastam.
Saya harap GST boleh stabil dlm masa 3-4 bulan, mudah-mudahan.
Ada orang minta saya berhenti bercakap ttg GST. Jika
saya ikut kata mereka itu maka pembangkang akan menang dlm putar belit mereka
merosakkan minda rakyat. Saya tidak akan berhenti menjelaskan yg GST lebih baik
drpd SST.
Anda boleh ikuti penjelasan GST saya dlm twitter @ahmadmaslan.
Atau dapatkan maklumat GST yg ada di hujung jari kita
drpd telefon pintar dll di alamat:
No comments:
Post a Comment