Ahad lepas masyarakat kita digemparkan oleh aksi-aksi janggal sebahagian daripada lebih 1000 peserta Pesta Peluk Anjing “I Want To Touch a Dog” yang diadakan diCentral Park, Bandar Utama, Petaling Jaya.Penganjur program, Syed Azmi memberikan hujah berdasarkan fahaman beliau dengan menyatakan program tersebut julungkali diadakan bertujuan untuk membuang rasa takut dan jijik kepada anjing. Mesej beliau lagi, masyarakat kita khususnya Islam seharusnya menanam rasa sayang kepada haiwan.
Inilah biodata Syed Azmi Alhabshi, salah seorang penganjur yang
menganjurkan kempen "I Want To Touch A Dog" yang telah berlangsung pada 19 Oktober 2014 di One Utama Shopping Centre.
Beliau dikecam hebat khususnya oleh warga maya (netizen) kerana tidak mengambil kisah sensitiviti masyarakat kita yang beragama Islam. Ada juga yang menyifatkan beliau telah murtad dan memeluk Kristian. Beliau dikatakan sengaja ingin memperdayakan secara halus pemikiran masyarakat Islam agar bersikap liberal kepada hukum ahkam agama. Beliau kini menetap di Muar, Johor berdasarkan pada koordinat facebook beliau.Rujukan link Youtube DI SINI:
Seorang Ustaz, Mohd Iqbal dan pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pula turut dilibatkan dalam program tersebut yang dikatakan bersetuju serta menyokong program itu diadakan.Bagaimanapun akhirnya beliau menyangkal serta menyifatkan telah tertipu dengan pihak penganjur yang menyatakan program itu diluluskan oleh MAIS.
Kata Ustaz Iqbal - Alhamdulillah dan segala syukur untuk Allah SWT. Cuaca sosial media
pada ketika ini agak panas berhubung program “I Want To Touch a Dog”,
yang saya terlibat secara langsung di dalamnya untuk memberi perkongsian
ilmu, setelah mendapat tahu program ini telah mendapat izin dari pihak
MAIS.
Pada awalnya, penganjur program, Syed Azmi,menjemput saya untuk mengisi slot
ilmu. Saya merasakan ini adalah peluang yang baik untuk menyampaikan
mesej Islam kepada Muslim dan non-Muslim, dan alhamdulillah sehingga
kini mereka masih menghubungi saya untuk bertanyakan perihal Islam
dengan lebih lanjut.
|
Saya difahamkan bahawa tempat perkongsian ilmu diasingkan dari tempat anjing-anjing berkumpul. |
Saya akui yang
saya terlepas pandang bahawa program ini disalah tafsir malah diambil
kesempatan oleh setengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu
awam bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab. Saya tidak pernah
terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yang
menggalakkannya.
Saya memenuhi
jemputan ini, dan menjelaskan kepada yang hadir mengenai hukum – hakam
yang jelas menurut Mazhab Syafi’e, seperti yang terdapat dalam fatwa
JAKIM.Teruskan bacaan anda DI SINI.
|
Betul ke program ini dapat kebenaran pihak masjid? |
|
MAIS tidak
pernah mengeluarkan sebarang surat kebenaran kepada penganjur... |
MUFTI SELANGOR SANGKAL KONONNYA MAIS LULUS PROGRAM "I WANT TO TOUCH A DOG" DI BANDAR UTAMA.
Rujukan DI SINI:Komen Mufti - Acara
'I Want to Touch a Dog' diadakan semalam di Central Park, Bandar Utama,
dihadiri orang Islam yang ingin mengatasi ketakutan mereka kepada
anjing bersama-sama. Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid
menafikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meluluskan penganjuran "I
Want To Touch A Dog" di Central Park, Bandar Utama di Petaling Jaya,
semalam.Tamyes berkata pihaknya dimaklumkan MAIS tidak
pernah mengeluarkan sebarang surat kebenaran kepada penganjur dan
mengatakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mempunyai bidang
kuasa memberi kebenaran menggunakan padang awam."Tidak ada satu kebenaran untuk mengadakan program sentuh anjing," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
|
Publisiti murahan kepada penganjur atau pemilik anjing? |
Apa komen ulama kita? Ustaz Kazim Elias dalam entri facebook beliau turut mempersoalkan niat
penganjur mengadakan kempen tersebut. Berikut adalah apa yang
dikatakannya. Rujukan lanjut DI SINI:
“Salam sejahtera..Kempen Saya Mahu Sentuh Anjing.. Hurmm satu kempen utk mmbuang stigma bg Org Muslim n khususnya org Melayu kononnya.. Siap bwk dalil kisah org masuk syurga krn bg minum kpd anjing lg.
“Membela anjing utk jg kebun utk jg keselamatan rumah utk
mengesan barang jenayah tidaklah dilarang malah harus didlm Islam.
Tetapi nak dijadikan sbg binatang peliharaan spt kucing ayam dll
tidaklah boleh dipndg ringan krn ianya melibatkan urusan ibadat
seharian.
|
“Ini semua ada agenda halus utk meliberal dan mempluralkan agama" |
“Mana boleh saja2 bela, saja2 nak pegang. Sebab apa nak pegang?
Isu apa? Nak jdkan anjing sbg apa? Mula2 pegang pastu bela ,pastu masuk
dlm rumah pastu? Pastu?
“Binatang mughalazah ini mcm babi jugalah mugahalazahnya, lepas
ni buat la kempen pulak pegang babi dgn melawat ke pasar babi lepas tu
melarat ke makan babi pulak.
“Ini semua ada agenda halus utk meliberal n mempluralkan agama.
Tidaklah salah pegang anjing, tp apa sebabnya sampai buat kempen?Nape x
buat kempen ke masjid ke? Kempen menerima hudud ke kempen menerima
konsep Kalimah Allah yg sebenarnya ke..
“Inilah jarum halus yg dicucuk kpd umat Islam agar menjadi
fahaman liberal n plural.. Nnt akan ada yg kata knp ustaz bising isu
anjing knp x bising isu memegang bukan mahram x bertudung dll, yg itu
pun berkali2 dah saya tegur n nasihat tp dlm bab kempen anjing ni, ianya
satu gerakan yg cukup halus utk menghalalkan sesuatu yg sudah
diharamkan dan dimulakan dgn satu kempen secara kecil2an yg akhirnya
akan merubah n menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya.
“Berhati2lah dgn kempen sebegini, lepas kempen arak mai anjing
pulak lepas ni apa pulak?Jgn lepas ni buat kempen babi pulak dgn alasan
bahawa babi skrg dah bersih dah diternak dlm aircond dah mengamalkan
tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabngsa.
“Halusnya kempen anjing ini namun sayang ada segelintir umat Islam yg tidak cukup halus matahatinya utk meneliti…
|
Inikah yang penganjur mahukan? Anjing & Gadis Muslim...ada perkaitan? |
Apa pula kata ulama lain?
Kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut ianya adalah haram dan punya unsur menghina Ulama. Beliau menegaskan haram menyentuh anjing dengan sengaja kerana ia najis
mughallazah yang dipandang serius oleh mazhab Shafie dan Hanbali.
Perkara ini dilarang kerana tiga perkara iaitu agama, kesihatan dan budaya yang bercanggah dengan Islam.
"Perlu diingat di Malaysia kita berpegang teguh kepada mazhab Shafie.
"Jangan cuba mencipta budaya yang bercanggah dengan Islam dan mazhab
Shafie, apatah lagi mempunyai unsur menghina ulama di negara ini.
|
Program ini ada mempunyai unsur menghina ulama di negara ini... |
"Alasan fuqaha (ahli fekah) mengenai membela anjing cukup jelas iaitu ia
akan menakutkan tetamu, berkurangan pahala satu qirot (satu qirot
bersamaan bukit Uhud di Madinah), malaikat rahmat tidak memasuki
kediaman dan tabiat anjing suka menjilat.
"Imam al-Nawawi menyatakan tiga alasan membolehkan membela anjing iaitu
menjaga tanaman, ternakan dan berburu," kata beliau. Rujukan DI SINI:
Ustaz Azhar Idrus pula.Video komen beliau DI SINI:
Program yang mampu mencipta fitnah (kekacauan dan kekeliruan) di
kalangan orang awam yang kurang ilmu fiqh. Contoh fitnahnya, akan wujud
mereka yang ingin sesuka hati menyentuh dan membelai anjing tanpa sebab,
akan wujud mereka yang berniat untuk membela anjing sebagai haiwan
dalam rumah untuk bermanja (asalkan boleh samak lepas pegang, kononnya),
dan bermacam fitnah lagi.
|
Hormatilah pegangan ‘uruf masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada pendapat mazhab Syafie. |
Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing bukan najis jika tiada didapati najis mughallazah (air liur dan tahi) pada tubuhnya.
Namun kita juga harus menghormati pegangan ‘uruf masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada pendapat mazhab Syafie.
Bila anda ada di rumah orang, anda tak boleh buat rumah dia macam rumah
sendiri, tak gitu? Walaupun tuan rumah tu hormati perilaku dan perbuatan
anda, namun tak bermakna dia redha anda melakukannya di dalam rumahnya.
No comments:
Post a Comment