Ada yang menyifatkan penggunaan peralatan tandas untuk peralatan makanan sebagai tindakan yang
tidak wajar dan tidak menghormat makanan. Akibatnya, keunikan itu menjadi buah
mulut pelanggan terutama pelancong asing. Secara tidak langsung ia seperti
mengambarkan betapa pengotornya masyarakat Malaysia. Adakah kita semakin menerima dan mengamalkan budaya pelik dan
kotor sehingga mangkuk tandas diubahsuai dijadikan sebagai perkakasan untuk makan
dan minum?
Menurut seorang ahli perniagaan hartanah JB, Alex Yang, pemilik restoran
itu dimiliki oleh warga Singapura yang pada asalnya ingin membuka restoran
berkenaan di Singapura tetapi permohonannya itu ditolak. Lalu dia mengambil
keputusan untuk membuka dan mengembangkan idea jijiknya itu di Malaysia. Anihnya, di Johor Baru diluluskan pula.
“Tidak tahu bagaimana dia boleh memohon lesen tanpa ada sebarang masalah
dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Johor Bahru untuk membenarkan restorannya
itu beroperasi di Johor Bahru.
“Tidak kiralah sama ada restoran ini mendapat sambutan atau tidak tetapi
ramai yang bertanya apakah ini menunjukkan budaya kita di Malaysia atau satu
penghinaan yang dilakukan oleh orang luar yang diberi kelulusan berniaga di
bumi kita?” katanya.
Tambah Alex lagi, PBT Johor Bahru sepatutnya menolak permohonan lelaki
berkenaan kerana keunikan seperti ini tidak mencerminkan imej Malaysia dan
ianya boleh menjejaskan persepsi pelancong terhadap negara ini.
Di sebalik keunikan yang cuba diperkenalkan kepada pelanggan itu, timbul
rasa jijik dan geli di kalangan orang ramai yang lalu lalang di restoran
berkenaan.
![]() |
Menu makanan juga meloyakan |
Barangkali pemilik restoran di bandar
Johor Bahru ini merasakan dirinya tersangat kreatif dengan idea menggunakan
peralatan tandas sebagai ‘tapak’ untuk menghidang makanan termasuklah kerusi
& meja yang telah diubahsuai.
Nota kaki:
Kreativiti bukanlah sampai tiada batasan. Kalau sudah begini hasilnya bukan lagi dinamakan kreatif tapi lebih kepada kegilaan idea semata-mata. Kita percaya kegilaan idea wajar juga dicernakan melalui etika dan susila budaya. Saranan saya kita patut hentikan bentuk kegilaan seperti ini.
No comments:
Post a Comment