Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Friday, December 13, 2013

EXORA, SAGA DAN ITIK



Jangan bandingkan Exora dengan Saga dan Itik



Ini pandangan orang mula-mula berkenalan dengan Exora sewaktu kereta hebat keluaran Proton ini dilancarkan kira-kira tiga tahun dulu. SKEPTIKAL bertukar yakin. Sinis bertukar kagum. Tanpa paksa, tanpa sogokan. Inilah rumusan yang dicapai selepas sesi pandu uji Proton Exora dari ibu pejabat Proton di Shah Alam menuju ke Lanchang di Pahang pada petang Khamis lalu.

Lima tetamu Proton iaitu penulis dan wartawan automotif tempatan yang dipelawa khas tampil dengan pelbagai persoalan. Ini termasuk persepsi umum mengenai kenderaan pelbagai guna (MPV) pertama dari syarikat kereta nasional ini.

Antara persoalan terpenting yang 'ganas' dibincangkan oleh umum ialah mengenai enjin Exora yang berkapasiti 1.6 liter. Apakah enjin sederhana ini sesuai untuk sebuah MPV? Apakah ia larat mengangkut tujuh penumpang?

Persoalan ini menjadi perkara pertama yang diberi perhatian. Pengurus Besar Homologasi, Ujian dan Prototaip, Bahagian Kejuruteraan Proton, Tengku Azizan Tengku Ahmad mengetuai pasukan juruteranya mengendalikan sesi uji pandu.

Bagi kenderaan pertama bertransmisi automatik, dua wartawan 'ditemani' lima jurutera dan kenderaan kedua bertransmisi manual, tiga penulis ditemani oleh tiga jurutera. Ini memberi kapasiti masing-masingnya tujuh dan enam orang penumpang.

Selepas sahaja melepasi plaza tol pertama lebuh raya Karak, secara umumnya pandu uji itu meliputi perlakuan berikut : pedal minyak Exora dipijak sehingga mencecah lantai dan selekoh diambil tanpa menekan banyak brek.

Semasa mengambil selekoh, elemen yang dikaji ialah sama ada kenderaan ini 'terbabas' dan sama ada stereng roda bergegar. Sistem gantungan strut McPherson di depan nyata memuaskan. Dan bunyi serta gegaran dalam kabin berada di paras yang rendah. Pada setiap masa, pemandu tetap mampu mendengar perbualan teman di baris ketiga.

Bagi transmisi manual, kelajuan 140km sejam (km/j) boleh dicapai pada 4,300 revolusi per minit (rpm). Ini pada permukaan jalan rata. Angka ini secara kasarnya menunjukkan enjin 1.6 liter CPS (Cam Profile Switching) memiliki keupayaan yang setanding dengan MPV yang menggunakan enjin 1.8 liter.

Exora ini juga boleh dipacu hampir habis meter! Pada satu laluan, kelajuan yang dicatat ialah 170km/j dan meternya hanya setakat 180km/j. Ia berjaya dicatat, di sebalik hakikat enjinnya yang kecil dengan muatan penumpang penuh.

Sepanjang lima jam pandu uji tersebut, kesemua penulis bertukar-tukar tempat duduk di setiap perhentian, selain bertukar kenderaan. Jika tidak memandu, seorang akan duduk di sebelah atau duduk di kerusi tengah dan paling popular kerusi baris ketiga.

Ia popular kerana pada kebanyakan MPV bersaiz sederhana seperti Exora, kerusi baris ketiga hanya boleh diduduki oleh kanak-kanak atau orang dewasa yang tingginya di bawah lima kaki. Exora bagaimanapun, cemerlang dalam ujian ini. Kesemua penulis memiliki ketinggian melebihi 158 sentimeter. Dan seorang 164 cm dan seorang berbadan bulat. Kerusi baris ketiga cukup luas untuk kami semua dan selesa.

Duduk di baris ketiga juga dapat dirasai ruang yang lapang di dalam kabin. Ini kerana aras bumbung kepada kepala adalah wajar.

Satu lagi ujian ialah aspek pendingin hawa. Setiap baris tempat duduk belakang dibekalkan dengan corong khas di kiri dan kanan bumbung. Butang kawalan tahap sejuk terletak di tengah-tengah antara pemandu dengan penumpang baris kedua. Lulus juga.

Semasa duduk di kerusi penumpang depan, penulis dapat menghayati lebih lama dan tekun reka bentuk panel pemukanya. Sistem audionya menggunakan jenama Clarion yang memiliki ciri terkini yang perlu ada pada sebuah radio. Ia boleh memainkan sekeping cakera padat dan bagi varian Hi-Line, ia boleh memainkan DVD dengan skrin DVD di belakang bumbung pemandu. Radionya mempunyai pelbagai format, USB, SD, MMC dan boleh menerima panggilan secara Bluetooth.

Satu lagi ciri ialah cangkuk di sebelah kotak glove. Bagi penulis, ini adalah satu elemen yang mengesahkan Proton Exora adalah sebuah kereta Malaysia yang dibuat untuk orang Malaysia.

Setakat yang penulis ingat, kereta-kereta buatan Jepun ada juga menyediakan cangkuk tetapi ia terletak pada belakang kerusi pemandu atau pada but. Itu mungkin untuk mencangkuk beg plastik sayur atau ikan.

Tetapi pada Exora, ia terletak di depan, dalam jangkauan pemandu. Apakah yang dimaksudkan 'kereta bercirikan Malaysia'? Tanyalah diri anda sendiri. Bukankah semua orang Malaysia suka membeli bekal bawa balik ke rumah. Sama ada bungkusan teh tarik, nasi lemak, roti canai dan sebagainya.

Exora ini memiliki segala yang perlu pada sebuah MPV. Ia tidak ketinggalan atau lemah berbanding MPV berjenama Jepun atau Korea. Ujian pandu media minggu lalu, mengesahkan kebimbangan tentang saiz enjin 1.6 liter itu tidak berasas sama sekali.

Lucunya sesi pandu uji ini, Proton tidak membenarkan penyiaran gambar. Yang dibenarkan hanyalah gambar-gambar iklan yang mula disiar satu demi satu sejak beberapa minggu yang lalu. Tetapi untuk membuktikan penulis benar-benar ada memandu uji Exora, maka itulah gambar di atas. 


Sehingga kini, jualan Proton Exora ternyata amat menggalakkan di seluruh negara malah tersenarai sebagai antara 10 model kereta terlaris di Malaysia tahun 2013 selain model Proton Saga dan Preve.



Nota Kaki:

Sudah hampir sembilan bulan saya memiliki dan memandu Exora Bold CPS auto. Malah hampir setiap hari meluncur laluan trek lebuhraya Seremban-KL yang sentiasa sesak pagi dan petang. Setakat ini tidak saya temui masalah besar kecuali thermostart switch air-cond sekali rosak, pintu agak ketat dan ada sedikit bunyi detak di sebelah kanan dashboard. Teknikal Proton patut meneliti masalah kecil ini. Kemasan dalaman dan penggunaan minyak sederhana tetapi minyak lebih sedikit dari Waja 1.6M yang saya masih gunakan.Perjalanan dengan beban penuh 7 kapasiti tetap lancar walaupun badan dikatakan besar dan berat melebihi 300kg dari MPV  standard biasa. Mungkin rekaan kerusi  boleh diperkemaskan lagi agar lebih mesra alam bagi perjalanan jauh. Secara keseluruhan Exora memang MPV yang direka penuh teliti dan boleh meningkatkan reputasi pengeluar kereta Proton. Saya juga membaca komen-komen hebat dari pembeli di luar negara seperti Indonesia yang memang prihatin kepada prestasi engin dan badan kenderaan. Mereka juga sukakan ruang kabin yang banyak boleh simpan botol susu bayi!

Jadi, dengan kata lain - Janganlah bandingkan Exora dengan Saga dan Itik!

No comments: