Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Thursday, October 31, 2013

TIPS PERCUTIAN KELUARGA


Rancang Percutian Anda
BERCUTI DENGAN HATI TENANG
Jangan terbawa nafsu, ingat kemungkinan risiko yang bakal dihadapi. Sebenarnya percutian yang indah tidak terlalu terikat dengan masa, tempat dan wang asalkan hati anda senang dan dapat menikmatinya dengan gemilang. Lakukan perjalanan hati, pastikan tiada sesiapa tergores hati, isikan perjalanan itu dengan rasa gembira , keintiman sebuah keluarga yang saling memahami. Kasih sayang dan toleransi hendaklah ditonjolkan, rasa riang dan hormat menghormati mesti dijaga sepanjang perjalanan.

UTAMAKAN KERIANGAN KELUARGA
Matlamat bercuti sememangnya untuk memberi ketenangan hati, gembira dan rasa keintiman sesama anggota keluarga. Kalaupun terjadi sebarang insiden yang tidak diinginkan semua boleh diterima dengan lapang dada, yang penting tetap ceria. Semuanya bergantung keadaan hati masing masing.


BARANG KEPERLUAN MELANCONG
Percutian adalah saat yang dinanti dan membuatkan sesiapa saja tidak sabar untuk ke destinasi pilihan. Semua keperluan penting termasuk dokumen perjalanan, duit belanja dan tempat penginapan sudah tersedia. Namun, yang menjadi masalah adalah barangan ingin dibawa terlebih muatan dan menyebabkan banyak beg yang perlu dibawa atau memaksa anda meninggalkan beberapa barang yang perlu dibawa. Sebagai panduan:

1. Tinggalkan peralatan kecantikan anda.
2.Jangan bawa perhiasan atau barangan berharga
3. Bawa satu buku panduan sahaja
4.Jangan membawa pakaian lebih daripada keperluan.
                                                                  
KAWAL EMOSI
Kawal emosi anda. Jangan terlalu mengharap kesempurnaan dan layanan yang anda inginkan. Ingat! Orang lain juga mempunyai emosi. Jangan membazir wang anda jika percutian anda tidak membawa keseronokan lantaran anda marahkan seseorang dengan isu yang remeh.
 
NILAI WANG ANDA
Jangan mengharap lebih dari apa yang anda bayar. Jangan jadikan diri anda cemuhan orang jika anda meminta lebih dari apa yang anda bayar. Sebaiknya kaji dulu destinasi anda supaya anda tidak kecewa apabila mendapati destinasi itu tidak memenuhi impian anda. Jangan terlalu teruja mendapati pakej percutian yang terlalu murah ataupun tawaran yang begitu menarik. Selidiki dulu syarikat yang membuat tawaran itu. Layari laman Kementerian Pelancongan dan pastikan syarikat itu di beri lesen untuk menjalankan aktiviti pelancongan. Anda juga boleh melayari laman web MATTA untuk menyemak syarikat yang berlesen dan menjadi ahli MATTA.

ELAK TEKANAN
Percutian sesuatu yang menyeronokan, peluang menghilangkan tekanan dan melupakan tugas di pejabat atau rumah. Namun, ada kalanya percutian yang sepatutnya menjanjikan keseronokan membuatkan kita menjadi tertekan. Wang adalah hal terpenting dalam perancangan dan perjalanan sesuatu percutian yang dirancang. Periksa kembali jumlah wang anda. 

Tekanan sering dihadapi kerana wang yang tersedia selama percutian tidak mencukupi. Untuk mengatasi masaalah ini, pastikan sebelum anda memulakan perjalanan percutian, anda perlu menyimpan duit yang cukup untuk dibelanjakan sepanjang bercuti. Berdasarkan bajet anda, pilih destinasi percutian yang tidak lari dari bajet. Selepas itu, rancang perjalanan anda. Jangan ragu untuk mengunakan khidmat agensi pelancongan jika anda tahu cara memilih agensi yang terbaik dan menawarkan harga cukup berpatutan.
 
Jika anda bercuti bersama kawan-kawan atau secara berkumpulan, anda mungkin akan mudah merasa tertekan, lebih-lebih lagi ketika mengatur jadual perjalanan sepanjang bercuti. Oleh yang demikian, jika memang susah untuk merancang aktiviti sepanjang bercuti, gunakan saja agensi pelancongan dan minta mereka menyediakan pakej bersesuaian dan terbaik untuk anda serta kawan-kawan atau keluarga. Jika anda menggunakan khidmat agensi pelancongan, periksa jadual perjalanan secara terperinci termasuklah waktu, wang yang akan dibawa dihabiskan, di mana anda akan menginap dan tempat akan dikunjungi. Pastikan anda sudah mengetahui semua jadual perjalanan selengkapnya. 

Jika anda merancang percutian sendiri tanpa bantuan pelancongan pula, buatlah jadual perjalanan sendiri. Ini akan memudahkan anda saat bercuti nanti. Jika anda bercuti di luar negara, pastikan semua dokumen diperlukan dipersiapkan sepenuhnya terutama yang akan digunakan sebelum dan semasa penerbangan serta berada di destinasi. Ia penting bagi mengelak sebarang masalah yang pasti membuatkan anda tertekan. Berkemas lebih awal. Pastikan anda membawa pakaian selesa dipakai dan sesua dengan cuaca tempat dituju.Berkemas awal sebaiknya bagi mengelak anda membawa barangan berlebihan atau kurang.
 
Ada kalanya, kita sudah merancang semuanya tetapi ada saja hal tidak diduga berlaku. Oleh itu, apapun terjadi elakan dari merasa tertekan dan pastikan anda dapat menikmati percutian anda tanpa cemas.

JANGAN ABAI INFO
Walaupun selepas merancang dengan teliti pasti anda terlepas pandang beberapa perkara tak diduga. Apatah lagi jika menjejak kaki ke negara yang sukar untuk dapatkan barangan halal. Bahasa pula menjadi halangan kerana sesetengah negara tidak mengusai Bahasa Inggeris sepenuhnya. Bagaimanapun, berusahalah mendapatkan maklumat ketika mengunjungi sesebuah negara walaupun dalam waktu yang singkat. Tonton televisyen, membaca suratkhabar serta majalah. Apabila melakukan perkara ini, anda akan mengetahui situasi di negara berkenaan.

sumber 1
sumber 2

Nota kaki:


Sebaiknya semakin banyak kita pergi melancong tempat orang maka semakin meningkat takwa dan keimanan kita apabila melihat kebesaran Allah SWT. Lawat juga tempat-tempat bersejarah iaitu tempat sejarah tamadun manusia terdahulu. Lihatlah maksud Al-Quran ini:

“Pergilah berjalan (mengembara) di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana akibat orang yang mendustakan Allah.” (Surah al-An’am, ayat 11).

 “Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada”. (Surah Al-Hajj, ayat 46).

No comments: