Makanan ringan popular semasa zaman kanak-kanak kami kini disembunyi jauh ke dalam fikiran, terutamanya apabila kanak-kanak sekarang tidak lagi berebut-rebut untuk membeli kek lapis Apollo atau permainan Ding Dang.
Saya biasa berlari ke sana ke mari di kantin
sekolah untuk membeli paket Mi-Mi(masih dijual di pasaran), yang begitu
kecil tetapi ia cukup untuk dikongsi bersama sekumpulan kawan-kawan.Anda
masih lagi boleh mencari makanan ringan ini di kedai runcit kecil,
mungkin yang berdekatan dengan rumah ibu bapa anda, dan ada yang boleh
dibeli di pasar raya besar. Malah, tidak menghairankan yang pasar malam
tidak lagi menjual biskut aising kegemaran kami. Memang banyak telah
berubah pada zaman sekarang. Demi usaha untuk rasa muda semula, mari
kita melihat senarai makanan ringan kegemaran zaman kanak-kanak kami.
Ding Dang
Dengan gambar kartun yang kelihatan seperti Doraemon dan coklat
meliputi biskut terpampang pada bungkusan itu, apa lagi permintaan
seorang kanak-kanak? Selepas membeli makanan ringan ini, kami semua
hanya ingin membuka kotak nipis tersebut dan ketahui alat permainan
percuma yang selalunya merupakan kejutan kepada kami. Alat permainan,
walaupun murah, mampu membuat kami tersenyum sepanjang hari.
Kadang-kadang permainan tersebut mempunyai ada satu pemutar kecil atas,
helicopter plastik atau seuntai cincin plastik, yang tidak mempunyai
kegunaan untuk kami. Pada ketika itu, ia bukannya suatu masalah kerana
yang penting ialah, kami bandingkan permainan tersebut dengan
permainnan yang kawan-kawan kita miliki.
Kek Lapis Apollo
Adakah anda masih mengingati iklan TV Apollo? Tidakkah iklan ini
mengingatkan anda tentang ingat Nestle Honey Stars? Suara latar iklan
ini akan berkata – “Kek lapis Apollo… sedap.” Kek lapis ini
diperkenalkan kemudian, selepas wafer coklatnya yang masih dijual hari
ini dalam bungkusan warna emas. Mengapa ia satu kegemaran? Dengan hanya
50 sen sebagai wang saku setiap hari, kek lapis Apollo adalah yang
antara yang kita mampu beli. Kek lapis ini manis, dengan krim diapit di
antara dua lapis kek. Ia mempunyai perasa yang berbeza seperti coklat,
strawberi, kaya dan sekarang, oreo. Aduan? Saya hanya mempunyai satu -
ia kelihatan lebih kecil dalam saiz berbanding dengan dulu.
Choki Choki
Bayangkan rasa coklat memancut ke dalam mulut anda. Sedap? Choki Choki adalah satu daripada snek coklat yang paling diidamkan apabila saya belajar di sekolah rendah. Malah, kami akan curi-curi membawa coklat ini ke dalam bilik darjah dan makan apabila cikgu tidak melihat kea rah kami. Corak bungkusannya masih sama, tetapi tikus (adakah saya betul?) pada pembungkus tersebut kelihatan berbeza, seperti telah dimodenkan berbanding tikus yang dulu. Terdapat tiga tiub coklat dalam sebungkua Choki Choki. Anda hanya perlu memerah coklat dan menikmati kelazatannya. Hmm, saya tidak pasti jika ia sesedap dulu.
Bertih Durian (Popcorn Durian)
Rakan sekerja saya dan saya setuju bahawa kami akan berasa sangat
gembira jiki diberi sebungkus ‘Popcorn Durian’. Kami bersetuju yang rasa
makanan ringan ini bawa balik banyak kenangan manis yang akan diingati
untuk seumur hidup. Makanan ringan ini tidak terdapat dalam mesin layan
diri kami , jadi kami terpaksa ke tempat lain untuk mencarinya. Cuba
teka dimana anda boleh membeli Popcorn Durian? Kami terjumpa makanan
ringan yang manis ini di dalam pasaraya besar Giant. Jika hendak tahu,
pembungkusannya bukan lagi berkilat dan berkilau seperti dulu. Ingin
berkongsi kenangan yang manis? Pergilah mendapatkan diri anda sebungkus
Popcorn Durin pada harga RM1.80.
Mamee Monster
Raksasa yang terbaik pasti Mamee Monster. Dia mengajar anda menari, membuka makanan ringan anda dan goncangnya apabila menambah rempahnya. Mamee merupakan makanan ringan yang mana popular disebabkannya iklan TV yang menarik dan juga disebabkan persamaanya dengan Mi Maggi. Nasib baik, Mamee Monster masih lagi popular hari ini, dengan pelbagai perubahan bagi pembungkusannya. Ia boleh ditemui dengan mudah di kebanyakan tempat , termasuk kedai 7-11, pasar-pasar mini dan juga pasar raya besar. Adakah anda terasa yang Mamee Monster sekarang saiznya tidak lagi seperti saiz ‘raksasa’?
Gula-gula Arnab
Gula-gula ini mempunyai perasa susu, lembut dan tidak dinafikan
adalah salah satu daripadagula-gula terbaik yang pernah dibuat. Pasti
ramai diantara kami yang sukakan gula-gula ini sebab ‘plastik’ yang
membalut gula-gula ini boleh dimakan dan akan terus cari ke dalam mulut
begitu sahaja. Ia memberi anda perasaan yang anda tahu suatu rahsia yang
mana tiada sesiapa pun tahu bahawa kertas pembungkus dapat dijamah.
Buat seumur hidup anda, ibu bapa anda telah memberi amaran kepada anda
tentang menelan pembalut-pembalut gula-gula, tetapi dengan kagum, kertas
pembungkus gula-gula arnab ini mencairkan dalam mulut anda. Pembalut
tersebut sebenarnya dibuat daripada pulut – kertas pulut yang boleh
dimakan. Kami keluar untuk mencari gula-gula arnab ini dan cuba untuk
ketahui jika pembalutnya masih boleh dimakan begitu sahaja. Wow!
Pembalutnya terus cair didalam mulut seperti dulu!
Ais Pop
Saya masih boleh ingat yang saya terpaksa beratur panjang hanya untuk
menikmati ais pop. Apa perasa pilihan anda? Kalau diberi pilihan, saya
suka laici assam boi yang masam manis dan sejuk. Ah, fikir mengenainya
membuat saya rasa dahaga. Ais pop merupakan makanan ringan yang paling
murah, hanya10 sen setiap satu. Bahagian yang terbaik tentang ais pop
ialah anda boleh mematahkannya menjadi dua dan berkongsi dengan
rakan-rakan anda. Masing-masing boleh rasai perasa yang berbeza. Hari
ini, kami boleh mendapat ais pop yang dijual di pasar raya besar dan ada
yang diimport dari negara lain. Walaubagaimanapun , saya masih lagi
suka ais pop yang dijual di luar pintu utama sekolah saya dulu.
Muruku Ikan
Dulu kami menyukainya, sekarang, kami tetap sukakannya. Asal usul snek ini, ialah bagaimanapun , tidak diketahui. Beberapa tahun kembali , terdapat artikel-artikel yang cuba ketahui mengapa snek dikenali sebagai Muruku Ikan (Fish Muruku) apabila tiada bahan-bahannya mengandungi sebarang bahagian seekor ikan. Misteri atau tidak, kami suka mengunyah-ngunyah makanan ringan ini disebabkan oleh tekstur rangupnya dan rasanya yang masin. Selain itu, bungkusannya juga menarik perhatian orang ramai. Sehingga hari ini , terdapat seorang bayi di paparkan di bungkusannya dan makanan ringan ini pasti tidak sesuai untuk bayi. Anda masih boleh membeli Muruku Ikan dalam bungkusan yang besar atau kecil di kebanyakan pasar raya besar. Oh, dan anda juga boleh mencari satu lagi Muruku Ikan yang mempunyai bungkusan yang hamper sama. Dapatkah anda teka mana satu ini adalah bungkusan yang asli?
Aising Biscuits
Biar saya teka apa yang akan anda buat selepas anda dapat biskut ini. Mesti anda menggigit aising dari biskut dan meninggalkan biskutnya bagi ibu bapa anda, kan? Saya tahu saya bukan satu-satunya yang berbuat begitu. Sebenarnya, kami minet biskut ini disebabkan oleh aising berwarna-warni yang rasa manis dan sedap. Kadang-kadang, saya benar-benar tidak tahu apa mereka masukkan aising, kerana anda tidak akan henti-henti makan biskut ini. Untuk mendapat biskut ini, saya kena berkelakuan baik kerana biskut ini biasanya diberi sebagai ganjaran oleh ibu bapa saya.Sekarang kami telahpun melihat senarai makanan ringan dari zaman kanak-kanak kami, mungkin anda mahu membeli dan rasa sama ada mereka tetap rasa sama? Ia satu jalan baik untuk mengenang kembali kenangan zaman kanak-kanak anda. Pada masa yang sama, anda boleh berkongsi snek ini dengan rakan sekerja anda, keluarga dan rakan-rakan.
sumber
No comments:
Post a Comment