Make Money With Paypal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

$$$ GET MONEY BY RIXTY $$$

Make Money When You Sleep

FREE CLICKS TO FULL YOUR PAYPAL ACCOUNT!!

DUIT PANTAS!! DOLLAR TO RM!!

Tuesday, January 3, 2012

SALAM TAHUN BARU 2012



Telah empat hari tahun 2011 kita tinggalkan. Dan telah empat hari juga kita menjejak penemuan baru tahun 2012 ini. Segala peristiwa, kenangan, fobia, igauan, telahan & persepsi samada berbaur suka atau duka telah kita kumpul dan diadunkan menjadi segumpal azam baru yang dirancang pasti kita harapkan mampu terlaksana di tahun baru ini.


Menatap dada akhbar dalam sehari dua ini tidak banyak perkara yang menjadi perdebatan kedai kopi melainkan isu semasa yang masih belum ditutup buku sejak bertahun dulu. Ada yang mengira-ngira apakah keputusan mahkamah buat DSA pada 9 Januari 2012 nanti sehingga penyokong fanatik beliau sanggup berdepan dengan tindakan undang-undang dan bersiap sedia untuk meniupkan Gerakan Pembebasan Anwar 901. Kepada yang berfikiran waras, saya lontarkan pertanyaan. Jika kita tidak hormatkan undang-undang negara kita sendiri, usah harap dunia luar hormatkan kita. Maruah kita akan dinjak-injak pula suatu hari nanti. Waspadalah.


Dan di sudut lain, masih ramai pula yang mencongak-congak bilakah PM akan umumkan tarikh pilihanraya? Mencari tarikh keramat itu seakan-akan menelah bilakah tarikh kiamat! Memang ramai gusar dan tidak kurang yang gementar menunggu tarikh PRU13. Ada yang mencongak pada bulan Mac 2012 atau April 2012. Sehingga kenduri kahwin dan tempahan dewan juga mengambil kira tarikh keramat itu. Bimbang nanti berebut dewan dengan orang mengundi. Namun sehingga ini belum ada apa-apa 'hint' dari PM. Puas sudah jurutelek mencari isyarat sehingga kelibat PM di mana-mana sahaja jadi tumpuan mereka yang berkepentingan itu.


Namun memang kita usah terleka apatah lagi terlupa kepentingan mengundi itu sendiri. Semakan saluran mengundi yang betul, semakan nama dan nombor kad pengenalan adalah amat penting sebelum meneka-neka tarikh sebenar mengundi. Sampai waktu pilihanraya nanti rupa-rupanya nama kita tercicir. Nah! itulah sebenarnya kerugian yang harus kita bayar setanding kealpaan kita kepada perkara-perkara yang mungkin kita remehkan sebelum ini.


Begitu juga apabila orang sibuk memperkatakan musibah yang bakal menimpa umat manusia menjelang sebelum berakhirnya tahun 2012 ini. Bukan kita tidak mendengar ulasan sebilangan saintis yang meramalkan dunia akan dilanda musibah bencana alam yang besar dalam tahun 2012 ini sehingga Hollywood tidak ketinggalan menyediakan juadah filem 2012 yang mencetuskan fenomena ketakutan kepada kalangan penonton seandainya ramalan itu menjadi kenyataan. Tetapi berapa ramaikah yang berfikir untuk membuat persiapan yang seharusnya setiap manusia persiapkan diri sekiranya benar-benar terjadi ramalan itu?


Kalangan manusia masakini lebih dihantui fobia semata-mata dan bukan berfikir positif untuk bersiap sedia dengan merapikan segala tuntutan dan bekalan yang sesuai mengikut keyakinan dan kepercayaan agama yang dibawa Nabi kita. Jika kita meramalkan banjir esok hari, mengapa kita tidak menyiapkan bot atau pelampung hari ini? Atau sekurang-kurangnya stok beras, ikan masin, lilin dan mancis api? Orang mungkin berfikiran itulah perkara yang paling remeh untuk difikirkan oleh otak 'ala-ala android' masakini. Namun ibarat orang lama berkata-kata- Sampai waktunya, kita layak diibaratkan 'sudah terhantuk baru tengadah'.


Akhir kalam, masih belum terlewat untuk saya ucapkan Salam Tahun Baru kepada anda semua. Selamat berjuang dan selamat menempa kejayaan yang lebih cemerlang...




Hari ini baru aku tahu apakah makna A.M dan P.M dalam format masa. Dulu cikgu ada bagi tahu yang A.M untuk After Midnight dan P.M untuk Past Midnight tapi rupanya salah maknanya. Tapi kalau nak ikutkan logik boleh juga diterima akal terma itu. Maksudnya tak lari sangat.

Tapi yang sebenarnya maksud a.m ialah Ante Meridiem, dimana didalam bahasa latin untuk Before Midday. dan untuk p.m pula ialah Post Meridiem, dan bermaksud After Midday.


Lebih kuranglah maknanya tu... tapi apa pun semua ini sekadar menambahkan info buat anda semua. Teruskan menimba ilmu. Ilmu ibarat permata yang tidak akan luput kilaunya... Bagi saya pula, ibarat saya menunjuk kebintang, lihatlah bintang itu, bukan melihat telunjuk saya...



Jumpa lagi...

No comments: